Ujian buat aku selepas masukkan cek ke dalam bank !

by - Isnin, Mac 13, 2017

 Gi Maybank Putrajaya. Jam menunjukkan hampir 9 malam. Aku berjanji dengan Syed Alwi , pelukis komik #KBBA9 yang cukup berbakat besar , untuk lepak bersama sama malam tu sebelum gi ke Alamanda untuk menonton filem Logan. 
Selepas masukkan cek yang dah 3 minggu di tangan , aku keluar menuju ke kereta. Tiba-tiba aku terperasaan seorang lelaki tua berkopiah serta anak perempuannya memandang aku lalu dengan pantas berjalan ke arah aku. Sebelum tu aku nampak dia sedang berbual bual dengan seorang lelaki yang sedang habiskan masa duduk di satu tempat tu.. Kemudian lelaki tu beredar dari situ .
Hurm.. aku dah  serasa macam tau apa yang lelaki tu nak. Aku cuma nak tau , apa kisahnya kali ni. Salam diberi , tangan dihulur. Aku sambut sambil melemparkan senyuman. Lelaki berkulit gelap tu mula buka mulut. Seperti yang aku jangka. Apakah ini ujian buat aku ? Apakah yang patut aku lakukan ? 
Dia meminta sebanyak RM30. Katanya dia baru masukkan duit ke dalam bank sebanyak RM450 untuk membayar sewa rumah buat pertama kalinya. Kira tu wang pendahuluan. Dia tunjukkan resit pada aku. Aku pandang resit tu. Tak periksa pon resit tu. 
Kemudian anak dia yang aku rasa dalam usia 8 atau 9 tahun membuat tanda kelaparan. Dia minta duit untuk beli makan. Ayah dia menahan anak dia dari menghampiri aku yang mana aku sudah pun berada di dalam kereta. 
" Uncle.. lapar... ". Rayu si gadis berkulit manis tu.
Secara jujurnya , part ni aku memang tewas. Bila melibatkan kanak kanak lebih lagi diberitahu yang mana dia kelaparan , aku tak kisah dah pasal duit. Terus aku keluarkan duit lalu berikan pada bapa dia.. seperti yang diminta. 
Kemudian aku hidupkan kereta. Anak gadisnya menghampiri aku yang masih belum tutup tingkap kereta tu lalu dia pegang strering kereta aku. Aku biarkan dia memulas sebentar. Pastu dia pun tinggalkan aku lalu mengejar ayahnya yang sudah pun pergi jauh meninggalkan aku. Aku tak nak tengok ke mana hala tuju mereka tapi berdoa agar wang tu digunakan dengan sebaiknya.
Tak pe la.. mungkin itu bahagian dia.. kan ? Dia nak tipu.. tu dia jawab je la di akhirat nanti. Apa pun bagi aku.. setiap manusia ada jalan ceritanya. Itu jalan cerita dia.. Jalan cerita kita , hanya Allah saja mengetahui. 

You May Also Like

9 comments

  1. Semoga mereka dilimpahi rezeki yang melimpah ruah. aaminn

    BalasPadam
  2. min pun selalu tewas jugak kalau kes mcm ni

    BalasPadam
  3. semoga ben dimurahi rezeki ....mungkin tu rezeki dia wlupun tu duit ben Allah dah tentukan

    BalasPadam
  4. husband saya, kalau jumpa orang mintak duit untuk beli makanan..dia akan tanya orang tu nak makan apa, dia yg akan pergi belikan..

    BalasPadam
  5. Niat kita memberi kerana Allah..niat dia juga hanya Allah yang tahu..moga ia ya menjadi saham untuk kita.

    BalasPadam
  6. tak pernah lagi lalui pengalaman macam ni.. tak boleh bayangkan, kalau jadi depan mata. apa tindakan sendiri agaknya..

    BalasPadam
  7. Moga rezeki aben makin murah! Saya pun kadang was² jugak nak tolong orang camtu, tapi bagi je. Mungkin itu rezeki dia.

    BalasPadam