Qhaliff makin banyak berubah sejak ke Tadika Arina , Putrajaya !

by - Isnin, Mac 06, 2017

 

Alhamdulillah.. sangat matang dah sekarang. Suruh je buat apa saja , dia akan buat dengan kadar yang segera.. melainkan bila tengah main ! Tapi ok je bagi aku. Dia tetap buat..

Semalam dia buat kerjarumah. Sebelum tu , dia dok asyik tengok tv. Aku suruh dia buat kerja rumah.. terus dia gi amik dan buat. Tv ditutup. Dia takda lak nak melatah ke apa.. ok jer.. Dan dia buat..

Dah boleh mengeja , kenal angka , mengaji dan berbahasa cina.. bahasa cina tu baru skit skit jer.. tapi ok la ! Baru 3 bulan kot ?? Kann..

image

Pagi tadi aku kejut dia bangun tidur.. Aku dukung terus ke bilik air.. hehehe..

“ Daddy.. nak pergi mana ? “. Tanya dia . Mata masih tertutup.

“ Gi sekolah la sayang.. mana lagi ? “. Jawab aku sambil usap badan dia dan berdoa agar dia tak meraung ! Mana tau tak cukup tidur lagi kan ? Hahahha

Dia diam jer.. Sampai bilik air, aku turunkan dia.. Dia buka baju dan seluar. Masuk dalam bilik air dan terus mandi. Aku bagi berus gigi yang dah diletakkan dengan ubat gigi.. dia gosok. Takda merengek pon.

Aku hantar dia gi tadika dia hari ni. Dalam kereta menyanyi nyanyi. Ceria sokmoooo.. Sampai depan tadika , aku iring dia sampai depan pintu. Beg dia nak tarik sendiri. Buka kasut dan masuk.

Takda drama.. 2 minggu pertama dulu jer.. pastu dia ok dah sangat. Masalah dia sekarang satu jer.. hahaha.. Mewarna ! Bakat mewarna tu belum nampak. Tak pe la.. Janji kenal warna , dah la kan.. buat masa sekarang..

Apa pun , guru guru di Tadika Arina dah lakukan yang terbaik buat Qhaliff.. Terima kasih yer !

You May Also Like

4 comments

  1. wah, kalau anak suka ke sekolah mmg lega kan

    BalasPadam
  2. Bagus ni, pendedahan pembelajaran tu yang buat anak² lebih matang kan. Kita pun seronok tengok anak² makin pandai berdikari.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah..Qhaliff happy,,daddy ibu puashati..cikgu-cikgu pun berbesar hati....syukur.

    BalasPadam