Banggakan ibu bapa kamu!

by - Selasa, Mac 28, 2017

Keputusan SPM keluar hari tu , timeline aku macam bursa saham. Ramai yang mengucapkan tahniah atas kelulusan yang cemerlang pada anak rakan mereka dan juga buat anak saudara mereka walaupun setahun sekali je jumpa.. bila cemerlang , terus mengaku anak buah. Hahahaha... Tak pe , bangga kann ! 
Begitu juga aku... Qhaliff baru 3 bulan bertadika , dah pon 'grad' secara tak rasmi.. hahaha.. Agaknya cikgu taknak pening pening.. hehehe..Settelkan yang remeh temeh baru buat yang senang senang.. kot la. Aku tak kisah pon.. hehehe..
Qhaliff dah kenal huruf..boleh mengeja.. satu pencapaian cemerlang selepas bertadika. Bangga aku. Dan rasanya bulan Mei nanti , dia akan ada exam.. Camana kalau tak cemerlang seperti rakan rakan dia ?? Apakah aku patut tuisyenkan dia ? 

Wajah bangga tengok anak 'grad' walaupun belum grad lagi. 

Teringat aku di zaman persekolah. Aku bukanlah pelajar cemerlang sebab aku tak nak cemerlang ! Aku fokus pada sukan ketika tu tapi orang tua aku , nak aku cemerlang. Tak nak jadi macam mereka... sekadar pemandu bas sekolah ( walhal bisnes diorang sendiri kot ?? ). Katanya penat ! Hurmm.. kerja ngan orang lagi penat !  Aku iyakan je la.. Malas nak bertekak. 
Namun aku 'gagal' membanggakan mereka dalam pencapaian akademik. Aku hampa. Kecewa. Aku hampir membunuh diri ! Ok , aku tipu ! Sebodoh bodoh aku , takkan nak buat menda gitu ! Bagi aku , tak cemerlang dalam bidang akademik di sekolah bukanlah penamat ! Aku sambung belajar di kolej swasta dan dapat pekerjaan dalam bidang IT dengan gaji yang lumayan ketika tu. Aku tak tau la orang tua aku bangga ke tak tapi yang pastinya , selepas 2 tahun aku menganggur.. aku bekerja jadi guru sandaran.. mereka bangga ! Yer , orang tuaa... kena keje ngan kerajaan atau bank barulah mereka bangga.. atau kerja dengan syarikat gergasi ! Apakah anak anak perlu cemerlang supaya 'orang kampung' tak pandang sebelah mata ? Hurmm.. sian anak anak kan ?
Alhamdulillah... di usia 30 an , barulah aku dapat membanggakan mereka. Wajah terpampang di dada akhbar.. majalah dan tv.. satu pencapaian yang tak terduga sama sekali. Yer , rezeki Allah Maha Luas. Mau rajin carik jer..
Ok.. aku ada 3 orang bini anak . Moga aku tidak bersikap begitu pada mereka nanti. Memadailah mereka punya ilmu dunia dan akhirat dan mampu berjasa pada agama , masyarakat dan juga negara! 

You May Also Like

0 comments