Kaya raya tapi tak berlagak !

by - Rabu, Mac 08, 2017

 

“ Alamak.. dia online messenger dia la.. Nak mesej ke tak eh ?”. Bisik hati aku. Takkan la dia nak balas mesej aku ! Hahahaha.. Sapa la aku ni kan..

Aku cuba menegur sapa.. Dan dia terus membalasnya ! Wowwww.. tak sangka sama sekali aku. Ingatkan takkan dilayan. Terus bertanya khabar dan berbual… seterusnya set satu meeting untuk satu projek besar ! Untuk aku dan anak-anak buah aku.. huhu.. Leader yang bagus , tak makan sorang punyaaa.. hehehe..

Dan tiba hari yang dijanjikan , dia sampai tepat pada waktunya. Respek ! Dan paling menarik.. hahaha.. dia datang dengan berpakaian macam.. sangat sangat simple ! Dia ni berbangsa cina dan berumur 60an. Kaya tapi menampakkan langsung kekayaannya. Bukan kedekut tapi dia banyak laburkan duit dia ke arah yang lebih mendatangkan hasil buatnya dan juga ‘orang kampung’ ! Fokus dia dari dulu hanyalah nak membantu orang kampung.

Bagusnya dia ni ialah mendengar pandangan orang muda cam aku dan juga kawan aku. Dia tak membantah pon sebaliknya memberi cadangan demi cadangan..

2 jam bersama dia , banyak maklumat yang aku perolehi dan sangat menakjubkan ! Bukan calang calang orang dia ni. Jangan menilai melalui pakaian dia woooo..

Terus teringat aku dengan orang orang kaya di negara kita ni.. kaya tak seberapa tapi dia punya menunjuk harta kekayaan tu.. hurmm.. Bila nak bantu orang , kena bayar dulu baru boleh kasi tips camana mau kaya ! Hehehheeee..

Alhamdulillah.. Projek on ! Tunggu bulan 11 nanti.. inshaAllah..

image

Zahra , nanti dah kaya.. Jangan tayang harta menda di media sosial yer ! Gunakan kekayaan tu dengan membantu mereka yang memerlukan. Dan biarlah Allah saja yang menilai tindakan kita tu..

Hidup biar sederhana..

You May Also Like

11 comments

  1. bagus kan ada sifat merendah diri

    BalasPadam
  2. tak tayang harta tak semestinya tak kaya. betul tak?

    BalasPadam
  3. Respeklah orang macam tu, low profile! Pastu banyak bantu orang walaupun kaya.

    BalasPadam
  4. betul tu..kalau banyak harta tak payah nak tunjuk tunjuk sana sini..

    BalasPadam
  5. susah dah nak jumpa org kaya tak sombong skrg ni..

    BalasPadam
  6. balance-kan kaya harta dan kaya akhlak

    BalasPadam
  7. Luar biasa tapi biasa-biasa itu lebih baik berbanding biasa-biasa tapi seolah luarbiasa itu bahaya..

    BalasPadam
  8. ramai bangsa diorg gitu ben.. saya kenal sorg yg macam tu jugak tp ada gudang besar woo..

    BalasPadam
  9. comelnya Zahra..

    btw.. memang salute kat uncle tu.. tp memang betul, kebanyakan cina yang kaya memang biasa-biasa aja gayanya.. :)

    Jemput singgah blog saya

    BalasPadam
  10. tak ramai orang kaya macam dia...sesetengahnya berlagak!! hadoii

    BalasPadam