Selepas Beauty And The Beast ( 2017 ) , The Power Rangers bakal ikut jejak ?

by - Rabu, Mac 22, 2017

Secara jujurnya , aku tak minat dua dua filem ni dari dulu lagi. Maka aku tak terkilan sangat bila dikatakan tidak ditayangkan atas isu LGBT. The Power Rangers , belum confirm lagi tapi dengarnya bakal menerima nasib yang sama.. 
Ada yang kata ini semua mengarut ! Filem dan drama kita pon lebih kurang sama je.. Berpakaian seksi , adegan yang agak keterlaluan..tak pulak diambil tindakan , kan ? Tapi cuba fikir.. berapa ramai kanak kanak menonton drama dan filem cinta berbanding dua filem yang bakal ditayangkan ni nanti ?


Aku perhatikan , sejak dua menjak kebelakangan ni.. banyak filem filem animasi yang mana kanak kanak boleh tonton  diselitkan adegan yang tidak sepatutnya ! Apakah anak anak kecil kita tu tak tau apa apa ? Hurmm.. Semalam , selepas aku mandikan Zahra.. aku dukung dia turun dari tangga. Di kaca tv sedang terpasang movie dari HBO.. ada satu adegan cium... Zahra pandang aku dan senyum senyum malu ! Begitu juga dengan Qhaliff.. ada babak tertentu dia di tv , dia akan kelihatan malu malu walaupun cerita kartun ! Apa ingat cerita kartun takda babak cium gitu ?? 
Apakah anak anak kita sedang dibrainwash ? Dibasuh otaknya agar boleh menerima apa yang sedang berlaku di dunia kita sekarang ? Berapa ramai dah umat Muhammad dah mula terpesong ? Jangan lupa..kita di akhir zaman. Cara untuk menawan kita ialah dengan hiburan ! 
Aku tak kata aku bagus.. tapi apakah nak tengok anak anak kecil kita rosak di usia yang muda ??? Selagi kita boleh bendung , kita bendung.. Mati ke kalau tak tengok movie movie di atas ni ? Alaa.. download je la nanti. Tak lama punya.. mesti ada yang piratekan di internet.. layan la sampai kelabu mata ! Jangan bagi anak anak tengok dah laa.. 
Tak perlu melenting.. kalau rasa pendapat aku ni salah , maka ajak la anak anak buah korang layan sama filem filem omputeh yang lain nanti. Tak kira ganas atau sebagainya.. ianya cuma sebuah filem je kan ? Heheheh.. 
Maaf.. aku bukan juga peminat drama melayu tempatan yang mana elemen cinta dan ganas menjadi daya penariknya ! Aku layan je filem Hollywood tapi tanpa anak anak aku la.. Setakat Moana , The Sing , Trolls tu ok la layan ngan diorang. Tu pon kena pastikan takda babak babak yang tak sepatutnya ditonton ! 
Rileks sudah.. filem je pon.. 

** Info terkini mengatakan filem Beauty And The Beast akan ditayangkan bersama dengan adegan 'gay'. Mungkin Power Rangers juga lepas. Tapi aku takkan gi tonton... ( 22/3/2017) 



You May Also Like

3 comments

  1. Haishhh filem bdk bdk pun dah ada unsur unsur yg tak sepatutnya, susah laa camni. Parents kena tgk dulu semua crita sblm bg anak anak tonton

    BalasPadam