Ketakutan aku pada Aariz.. - BEN ASHAARI

Ketakutan aku pada Aariz..

Setiap kali aku dapat job dan memerlukan aku pergi ke event atau lokasi tertentu , aku akan pandang pada Aariz. Zahra dan Qhaliff , takda isu ! Isunya cuma si kecik ni jer ! Adoiyai.. kena pulak awal pagi eventnya ! Camana laaa gamaknya.

Kalau ada event , aku kena gi antar diorang ke rumah mak aku. Tapi kalau pagi tu , ok lagi laa... dia akan tidur nyenyak terutama jika dimandikan dan dibagi sarapan pagi ! Nyenyakkk la dalam kereta.. Itu kalau pergi.. masa pulangnya ? Allahu Akhbar... sesak nafas aku dibuatnya ! 

Macam tadi.. perjalanan lagi 30 minit nak sampai rumah tapi Aariz dah bantai meraung dan meronta nak keluar dari car seatnya ! Apakah reaksi aku ??? Mereka yang pernah alaminya saja akan tau apa yang akan mereka buat seterusnya.. 

Dan tertonton video yang mana si pemandu perempuan mabuk memandu masuk ke lorang bertentangan.. dan mengakibatkan kematian dan berbijik kereta rosak ! Paham tak maksud aku yang nak aku sampaikan ni ? Bayangkan kalau aku dok leka layan anak menangis.. dan ada pemandu mabuk di awal pagi memandu gitu.. Hurmm..

4 ulasan:

  1. minta di jauhkan la dr bertembung dengan rg mcm tu Allahhhhhh

    BalasPadam
  2. Faham ben sbb sy ada 2 org ank yg jns mcm tu...prnh jadi, berbulan2 husband terpaksa hntr dn ambik kerja sebab baby tak nak duduk carseat

    BalasPadam
  3. Memang haru kalau anak menangis kita tengah memandu. Jawabnya berhenti tepi dululah.

    BalasPadam
  4. Sama macam Amsyar. Memang dia akan menangis meraung tak berhenti kalau letak dalam car seat. Selagi tak keluarkan dan letak atas riba, selagi tu dia tak diam. Memang tak boleh fokus memandu. Sebab tu kalau terpaksa sangat barilah drive. Kalau tak, tunggu jelah suami balik kalau nak pergi mana2 pun...

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.