Gaduh laki bini , jangan babitkan anak !

by - Jumaat, Mac 10, 2017

 

image

Berselisih pendapat laki bini tu biasa la… adat berumahtangga. Tapi kalau selalu sangat , mesti ada sesuatu kebocoran di mana mana ! Hurmm..  Cuba cuba cari jalan penyelesaian dengan cara yang matang.. bukan susah pon ! Buang je ego tu.. selesai masalah.

Tapi yang jadi masalah besar ialah..bila bergaduh laki bini , babitkan anak sekali ! Sian diorang woiii ! Siannnn !! Ko tak kesian ke ?? Anak tu kalau dah besar macam The Rock , tak pe la gak.. ni kecik lagi.. cakap pon pelat ! Tak kesian ke bila anak anak tengok pastu dibiarkan je gitu.. Buat endah tak endah je ngan diorang bila diorang perlukan mak bapak dia ! Bodoh aihhh !

Geram tul aku.. Aku pon kekadang berselisih pendapat gak ngan wife.. tapi cepat cepat la settlekan. Anak anak  , jangan dibabit sama. Diorang ni bukannya takda perasaan.. Diorang simpan dalam woooo… Tunggu masa diorang akan tanya balik..

Serius aku tak paham.. apa kedungu sangat laki jenis gini ? Kalau dah rasa tak nak sangat.. lepaskan jer! Ko ingat perempuan zaman ni tak leh hidup tanpa laki ? Fuh.. tanpa laki diorang lagi berjaya woooi ! Tapi kalau ada suami yang bagus , mereka akan lebih berjaya !

Jenis laki gini kan.. aku kenal sangat ! Bila ‘kena cerai’ , baru terhegeh hegeh datang mencari.. melutut mintak maaf ! Agak agak sebelum kena cerai tu , buang ego jauh jauh..

You May Also Like

1 comments

  1. Betul tu. Macam saya anak² dah besar lagilah kena jaga, sebab mereka sangat memahami kalau kita bergaduh.

    BalasPadam