Hari bersejarah buat Qhaliff Iman..

by - Khamis, Mac 30, 2017

Akhirnya , dia dapat jugak sambut hari lahir dia bersama teman teman ! Kalau tak , dengan daddy n mummy jer..dan Zahra.. Tahun ni baru ada Aariz. Dan nasib baik dia dah bersekolah.. ada la kawan dan bff.. Sambut birthday ni pun sekali jalan ngan bff dia , Mikha.. 
Kos nak buat sesimple ni tak la menelan sehingga RM10K.. Heeee... ala kadar dan niat nak gembirakan kanak kanak di tadika tu... dan ternyata mereka gembira gituuu..Dan paling gembira ialah Qhaliff.. dapat la kek Otomen dia . Tak sabar dia nak 'sembelih' kek tu ! Tengok la muka eksited dia selepas Otomen dibelahkan dia.. adehhh..
Ikutkan hari lahir dia minggu depan.. tapi sebab nak buat sama dengan bff dia , tu sekali harung jer. Suka la tuuu... Pasni adik dia lak.. Zahra. Nak sambut kat mana eh ? Ada yang nak sponsor ke ??? Kalau tak da , buat kat Hilton je la.. Ala kadar gitu... hehehe... 
Sekejap je masa berlalu.. dalam diam tak diam , korang dah tua dah ! 

You May Also Like

4 comments