Sepetang bersama Wan Izhar , jurugambar berbakat tapi ‘kurang dikenali ‘ di media sosial !

by - Khamis, Mac 02, 2017

 

Dia menunjukkan hasil kerjanya pada aku sewaktu aku di pejabatnya , ODS  untuk bertemu bagi membincangkan beberapa perkara, pagi tadi. Kagum ! Memang sangat sangat berbakat sekali malah dia pernah menang anugerah kulit album ( Stacy ) di Anugerah Industri Muzik (AIM) 2014.

image

Bersama Wan Izhar Abu Bakar, jurugambar yang cukup berpengalaman terutama dalam dunia media cetak satu tika dulu dan kini menumpukan projek projek besar seperti Petronas dan Court Mammoth.

4 jam duduk bersama , macam macam kami berkongsi pengalaman namun pengalaman dia , memang jauh sangat la berbanding aku ! Beberapa cadangan aku lontarkan untuk kebaikan bersama terutamanya untuk Kelab Blogger Ben Ashaari.

Oh , lupa lak.. dia juga tenaga pengajar dalam bidang fotografi di IIUM. Bodohlah aku kalau peluang depan mata gini tak aku amik kesempatan sepenuhnya. Ilmu yang sangat berguna buat aku dan juga rakan rakan nanti !

image

image

Pengalaman dia bersama artis / selebriti memang membuatkan aku tersenyum. Tak sangka gitu sekali dunia dia satu tika dulu.. huhu.. Dunia glamer gituu ! 

Aku pasti jika dia berjaya hilangkan rasa malu dia , dia akan menonjot sangat di dunia media sosial. Apatah lagi dengan status dia yang masih bujang serta kacak , aku tak rasa dia punya masalah untuk popular punyalah !

Kalau nak baca kisah dia lagi , boleh baca di WAN IZHAR ABU BAKAR.

You May Also Like

2 comments

  1. fuh. bukan calang-calang orang ni. dah menang anugerah pun. satu peluang terbaik dapat masa dengan jurugambar hebat macam ni. fuh!

    BalasPadam
  2. Memang cantik hasil kerja dia untuk kulit album Stacy tu.

    BalasPadam