Roti Nan untuk makan malam.

by - Mac 31, 2017

4 hari berturut.. Terasa lain sangat perut. Walaupun tak 'sebest' jus hijau ( kos sayur organik mahal skg ni ) , tapi roti nan mengenyangkan tanpa memboroikan perut ! Kan roti nan tu dibakar je.. Takda minyak , gula dan garam yang tinggi.. 
Secara jujurnya aku cakap.. dalam bulan ni mood aku nak workout memang ke laut. Mungkin sebab siku aku kot.. sakit !  Maka nak berehat skit tapi risau tang makan.. biasanya kalau aku mula 'bercuti' nafsu makan memang melambung tinggi.. huhu.. 
Tapi entah camana...satu malam tu wife beli roti nan untuk Zahra. Tapi Zahra tak nak makan. Nak tak nak , aku 'kena' makan roti nan tu kasi abis.. 2 keping kot ! Dan aku makan.. tapi aku pelik... 2 keping aku abiskan , aku tak rasa 'boroi' pon ! Sedap pulak perut aku kali. Selesa.. 
Try pakai baju melayu.. 2 tahun lepas punya.. Muat dan kemas je .. Eh ??? 


Nampaknya , mulai hari tu .. roti nan adalah makan malam yang ideal untuk aku.. hari Sabtu je leh makan 'bebas'.. heee..

You May Also Like

0 comments