Tanda-tanda Aariz dah bersedia untuk makan !
Bila orang makan , dia turut sama terngaga mulut ! Ikut je pergerakkan sudu tu. Kalau dilalukan depan dia ,cepat cepat dia bukak mulut !
Dan semalam , aku saja test bagi dia anggur manis. Fuhhhh , dia punya hisap. tak payah ajar ! Untung aku dapat anak anak yang tak payah ajar makan. Kecuali masa Zahra dulu , dia payah nak hisap susu botol. Hahahaha.. berpeluh ketiak jap !
Apakah Aariz dah bersedia untuk makan makanan baby ? Jangan kasi nasi kandar lak woii ! Hahaha.. naya ke budak tu nanti. Apakah Aariz dah punya gigi untuk mengungah ?? Sewaktu aku beri dia hisap buah anggur tu , Qhaliff nampak dan bersuara..
“ Daddy , Aariz mana ada gigi lagi. Dia tak boleh makan ! “.
Aishh.. sejak bersekolah ni , banyak tul kata kata dia yang diluar jangkaan aku ! Aku terus hentikan perbuatan aku tu dan jelaskan pada Qhaliff.. Risau nanti dia pun akan buat perkara yang sama tanpa parents dia di sisi !
“ Menunggu sehingga usia enam bulan untuk memperkenalkan makanan pejal ke dalam diet bayi anda akan membantu meminimakan risiko reaksi buruk yang tidak dijangka terhadap makanan dan alergi. Jika keluarga anda mempunyai sejarah alergi atau alahan terhadap sebarang makanan atau terdapat ahli keluarga anda yang menghidap penyakit seliak (celiac disease), anda perlu lebih berhati-hati. Risiko alahan terhadap makanan dan penyakit seliak akan berkurangan sekiranya proses bercerai susu ditangguhkan sehingga bayi berusia enam bulan. “ .
Bilakah sesuai untuk beri makanan pejal buat anak kita ? Satu persoalan yang timbul dibenak aku dan mungkin parents lain yang tiada pengalaman !
- Boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu
Adalah penting bagi bayi anda kekal dalam posisi tegak dan stabil jika dia mahu mengambil makanan yang disuap dengan sudu. - Duduk dengan baik apabila dipegang
Mula-mula anda mungkin perlu memegangnya. Cuba tegakkan dia di hujung sofa atau sandarkannya di atas seorang dewasa. Kerusi tinggi kanak-kanak boleh digunakan selepas itu, apabila dia sudah pandai duduk sendiri. - Melakukan pergerakan mengunyah
Bayi anda mestilah boleh menolak makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan. Apabila bayi anda sudah pandai menelan dengan efisien, anda akan perhatikan bahawa air liurnya sudah kurang meleleh. - Berat badan telah naik secara sihat
Kebanyakan bayi telah bersedia untuk makan makanan separa pejal apabila berat badannya semasa lahir telah meningkat sekali ganda. Ini biasanya berlaku sebelum atau sekitar usianya enam bulan. Jika bayi anda tidak mencapai berat badan yang normal, bincanglah dengan pakar pediatrik anda. - Amat berminat dengan makanan yang anda sedang makan
Bayi anda mula memerhatikan makanan yang anda sedang makan dan cuba mengambil makanan itu semasa anda mengambilnya dari pinggan untuk masuk ke mulut anda.
Yer.. Aariz dah bersedia ! Minggu depan , tugasan baru untuk aku sebagai Mr. MAMA ! Huhuhuhu..
Sumber : – BabyCenter
2 comments
wow cutenyaaaaaaaaaaaa
BalasPadamcomel...........
BalasPadam