Benarkan pasangan anda meregangkan otak dia !

by - Jumaat, Mac 24, 2017

Fuh... dapat keluar jap dari rumah. 'Suri rumah' macam aku ni kekadang perlukan angin malam untuk rehatkan otak. Walaupun aku ada gi gym atau keluar gi event , tapi aku tak dapat rehatkan otak sepenuhnya. Nak kena gi mana mana.. duduk dengan kawan kawan jap.. dan berbual apa saja topik dengan jayanya. Bukan la nak kata tak best lepak ngan isteri ngan anak anak tapi penulis cam aku ni.. eceh.... tapi betul apa ?? Aku dikira penulis laaa kan ? Haa.. penulis cam aku ni nak kena duduk mana mana sesekali dan tengok dunia tanpa gangguan ! 
Seperti mana yang aku buat ketika aku awal awal blogging dulu..  Dulu , sehari boleh dapat 20 entri.. sekarang ?? Nak dapat 2 pun berpeluh ketiak ! Idea takda wehh ! Dan nak update tu bukan senang.. baru nak tekan keyboard.. hurmm.. datang dah anak anak.. 
Korang yang punya 'suri rumah' sepenuh masa.. cuba la beri diorang off semalam.. kasi diorang keluar lepak ngan kawan kawan jap... Sementara masih muda.. nanti dah cecah 50an tu , diorang tak nak buat kerja orang muda muda ni ha.. Hehehe.. cam aku ni laaa.. lagi 20 tahun cecah 50... tutup buku laa.... kan kan ?
Bila otak dapat diregangkan , muka pun tak tegang. Perasaan pon tenang..jiwa pun senang. Laki tengok , ada  girang.. untung untung up lagi sorang ! Haaaa... barulah keluarga riang ! 

You May Also Like

2 comments

  1. Setuju dengan Ben.. sesekali memang kena ada masa untuk diri sendiri kan..

    BalasPadam
  2. setuju! kena kuar jugak sesekali,tepu otak dok rumah,tru penting suami kena bawa keluar atau bagi keluar,bukan ke mana pun,gi pasar sendiri pun ok dah heheheh...

    BalasPadam