KONICHIWA CAFE , gabung makanan Jepun ,barat dan tempatan !

by - Ahad, Mac 05, 2017

Tercapai hajat aku nak makan makanan Jepun dengan sepuas hati tanpa ada rasa was-was gitu ! Aku tak nak persoalkan status makanan Jepun yang lain di luar sana tapi yang pasti , Konichiwa Cafe yang aku pergi semalam bersama rakan rakan blogger yang lain , sangat memuaskan hati aku. Maaf yer , bukan sebab aku dibayar atau makan free… maka aku tulis semua manis manis belaka tetapi sebab ianya adalah benar belaka !

Restoran makanan  yang mengabungkan 3 eleman masakan ini dimiliki sepenuhnya orang Melayu dan pastinya Islam ! Malah chef yang mengetuai bahagian dapur juga berpengalaman dalam bidang masakan Jepun lebih 30  tahun lamanya ! Nak kata apa lagi ??? Huhuh.. senyum je la kan ?

Terletak di Bangi dan ianya amat mudah ditemui di dalam Waze andai nak ke sini.. taip je Konichiwa Cafeconfirm jumpa punya !

image_thumb[3]

Dari rumah aku , Sepang nak ke sini amik masa dalam setengah jam jer. Tak jauh mana pon. Sejujurnya , aku memang teringin nak makan di sini selepas mendapat jemputan melalui rakan blogger. Aku memang penggemar makanan Jepun dan juga Korea tapi nak jumpa yang boleh dimakan tanpa was-was tu , memang payah la skit.. Huhuh..

Ketika sampai di lokasi , aku tak sangka sama sekali amat mudah nak dapat parking. Mungkin sebab masa aku pergi , bukan waktu sibuk tapi menurut rakan , sini memang senang nak dapat parking. Ok la tu , kan ?

image_thumb[6]

Hiasan dalaman cafe ni pun santai bagi aku. Takda la nak semak semak bagai aih.. Menurut pemilik Konichiwa Cafe ni , memang dia nak nampak begitu sebab konsep mereka ialah moden.

Hurmm.. Ok , aku tak nak bebel lelebih.. terus ke makanan yang disaji di sini. Aku tak nak syorkan kat korang apa yang sedap dan apa yang tidak sebab bagi aku , tekak masing masing.. Heeeheh.. korang boleh tanya sendiri pelayan di sini , apakah makanan yang disyorkan mereka. Sebab apa ??? Semuanya menyelerakan !

“Ala Ben , syorkan laaa satu dua ! “. Mesti korang nak tanya gitu kan ? Heheheh… ok ok ! Aku syor apa yang menyelerakan aku di sana yer.

Yang pertama.. Aku tak ingat apa tah nama dia  tapi ada la bunyi roll di belakangnya ! Hahahaha. Serius.. aku memang jenis tak hafal nama makanan kecuali melibatkan nama awek cun ! Haaa.. confirm hafal termasuk no telefonnya. Hahahaha..

Serius sedap ! Aku siap tapau untuk wife lagi ! Hehehehe..ingat dah nama dia !

image_thumb[9]

image_thumb[29]

image_thumb[13]

Yang kedua.. sushi ! Wasabenya agak tidak pedas tapi andai korang kaki suka berasap hidung punya , korang leh request rasanya.. Huhuhhu.. Yang take away punya sushi , memang automatik dapat wasabe berasap hidung ! Hahahahaha…

image_thumb[34]

Yang ketiga.. Teppanyaki !

image_thumb[33]

image_thumb[32]

Sedap wehhh ! Harganya ?? Jangan risau aihhh… Korang mampu bayar sebab takda GST lagi… hehehe..

image_thumb[31]

Mintak maaf la yer aku menyebabkan korang meleleh air liur.. hehehe.. Tu sebab aku tak nak letak gambar makanan banyak banyak.. Kalau nak tengok lagi gambar makanan yang ada di Konichiwa Cafe ni , korang leh ke Instagram aku atau ke Instagram mereka yakni @konichiwacafe.

Status HALAL ? Mereka baru je beroperasi dan sijil HALAL dari Jakim baru je dipohon dan sedang dalam proses kelulusan. Tapi bak kata pemilik cafe ni , semua bahan makanan yang diimport adalah yang ada sijil HALAL.

image_thumb[40]

Waktu operasi  Konichiwa Cafe ?

Isnin cuti.

Selasa – Khamis : 12 tengahari hingga 10 malam

Jumaat :  2 petang – 11 malam

Sabtu  - Ahad : 12 tengahari – 11 malam.

image_thumb[37]

Bersama Chef Ahmad Jefri. Dia suruh datang lagi… dan pasti akan kembali bersama wife dan anak anak ! Heehehe..

You May Also Like

9 comments

  1. Wahhhhh. Sedapnyaaaa. Selera betul tgk sushi2 dia. Nyum nyum. Thank you for sharing :D

    BalasPadam
  2. Nak bawak anak anak lah nnt, depa suka sushi

    BalasPadam
  3. belum pernah lagi makan makanan jepun ni..

    BalasPadam
  4. Nina dah rasa.... sushi dia sedap. Fresh!

    BalasPadam
  5. Wahhh menarik ni, boleh try makan kat sana. Yang penting halal tu.

    BalasPadam
  6. yeahh best! kedai dkt dgn rmh lak tu...lg syok nk melantak sushi pasni...xyah cari jauh²...hihi

    BalasPadam