Perkhidmatan SKYNET teruk eh ?

by - Sabtu, Mac 18, 2017

SKYNET.. kalau sebut nama dia , aku rasa korang tau apa menda ni kan ? Takda kaitan dengan Terminator ok ! Aku dah ada dua kali pengalaman dalam seminggu dengan SKYNET. Sebelum ni tak pernah lagi .. seingat aku laa..  Dan kedua duanya membeliakkan mata aku. 
Ok.. Yang pertama , dalam minggu ni.. Barang atas nama wife aku. Ada panggilan telefon dan aku jawab. Dia sebut nama.. aku bagitau aku suaminya. Dia kata ada barang untuk wife. Dia call tapi tak berjawab. Baru aku nak tanya dia cakap gini.. 
" Tak pe la. Saya dah lewat.". Terus dia matikan telefon. Tergamam aku ! Amboiiii.. dasat ! 
Yang kedua.. semalam. Aku sampai rumah aku di Sepang. Aku bukak pagar. Ada satu surat diselitkan di pintu pagar tu tapi aku abaikan. Memang setiap hari ada je risalah diselitkan kat situ. Sebab tu aku tak amik. Lagi pun basah dah kena hujan.
Dan tak lama kemudian , wife aku lak sampai rumah. Dia masuk dan bagitau aku... Ada barang sampai. Aku tanya mana tau ? Dia tunjuk surat tu. Aku tercengang. Aku tanya mana dia amik surat tu ? Dia bagitau la seperti mana aku cerita kat atas tadi. Dan surat tu basah ! Boleh gitu? Walhal ada je peti surat batu kat pagar tu.. Dah kenapa dia letak kat situ walhal tau sekarang ni musim hujan ? Hurmm..  
Tertera di  kertas tu , dia datang jam 4 petang. Aku tak dapat panggilan telefon pon ? Hurmm.. 
Aku teringat akan kes kes yang sering dibisingkan di media sosial. Apakah memang begini servis SKYNET ? Hurm.. aku harap sangkaan aku tu salah sama sekali ! Aku malas nak bersangka buruk pada bisnes orang. Mungkin ada staff yang tak puashati , kan ? Sapa tau.. 
Ok.. aku up status di Facebook.. tanya kot kot sapa ada pengalaman buruk dengan SKYNET ni.. Ke aku sorang je yang terkena.. Kalau aku je , maka bukan rezeki aku la tu kan ? Dan tak sampai 5 minit , ramai dah komen.. Antara komen komen tu ialah : 
  • " Thn lepas pernah kena 4kali dlm sbulan hHhahaha sbb wat report tu di tk puas ati... lgi dia koyak2kan kertas and sedpt mungkin bg kita ambek sndri.  "
  • " Saya post barang kadang2 guna skynet. Ikut kawasan juga rasanya. Setakat ni, kalau saya post ke selangor yg problem. Johor,terengganu ok ja. Saya post hari ni esok dah dpt. Kalau area selangor, kena call everyday. "
  • " E MEMANG PUN. Kurier service yg maha teruk. Xfaham bahasa. Lembab. Pfttttt. Mmg siot. Ishhh geram plak aihh."
  • " Terukkk..bru kena..dia anta saya takde..dia suh saya g amik kt opis.saya kata ok...tpi opis dia call kata nak anta lgi esoknya...saya jawab lagi baiklah..tggu xdtg..keesokknya..dia dtg muka mencuka n ckp bukan akk nk g amik kt opis ke?saya kata opis awak call.kata nak ant juga..dia bole ckp pandai² aje...suruh amik amiklh..ktnya...geram tul sya..." 
  • " bergantung pada agent kawasan ada yang ok, ada yang servis hampeh"
  • " Ikut kawasan.. stakat ni ikut pemerhatian saya, belah selatan problem.. belah utara ok.."
Hurmm.. Barang aku tak dapa lagi. Tunggu esok pagi nak call diorang. Apakah nak gi amik sendiri atau mintak diorang hantar sekali lagi.. Nak gi amik , bukan dekat woiii ! Aku di Sepang.. pejabat dia di Subang !  Fuhh.. 
Hurmm.. harap esok dipermudahkan urusan aku dengan mereka. Apalah agaknya barang aku tu ye ! 

You May Also Like

0 comments