Pengaruh kawan cukup bahaya !

by - Rabu, Mac 08, 2017

 

image

Tadi wife gi daftar sekolah rendah Qhaliff di Putrajaya. Nampaknya macam nak kena pindah semula ke Putrajaya selepas ni.. huhu.. Saja amik kat sini sebab dekat ngan pejabat dia dan aku pun mudah nak akses. Walhal kat area rumah aku di Sepang ni ada je sekolah dan dengarnya bagus sekali sekolah tu.

Sekarang usia dia 5 tahun.. 7 tahun darjah 1. Yang merisaukan aku ialah pengaruh kawan kawan. Dia ni lembut orangnya. Adik dia pukul pun dia nangis.. walhal dia boleh je membalas. Dan menariknya , adik dia menangis dan menuduh abang dia pukul padahal tidak pun ! Hahaha..  ok ok.. tu cerita lain.

Teringat aku zaman aku bersekolah dulu. Aku tak merokok tapi ada je kawan kawan memujuk aku agar join sama merokok ! Pelik aku.. kenapa kena pujuk buat menda salah ? Kalau nak merokok , hisap je la..tak payah ajak kawan kawan yang lain turut sama.

Pengaruh kawan ni memang dasat.. hanya didikan ibu bapa dirumah saja jadi penyelamat. Jika mak ayah asyik bergaduh.. apakah pengajaran yang dia dapat ? Maka jangan hairanlah jika anak kita tu buat perkara salah.. kan ?

You May Also Like

5 comments

  1. memang ya kalau namanya pengaruh kawan memang sungguh dahsyat..

    BalasPadam
  2. budak lelaki gitu eh? tp budak perempuan lagi jahat kdg ben, dia nak buat dia tak ajak tp dia pakat2 pulau sapa yang tak ikut dia..lagi menakutkan.

    BalasPadam
  3. Ada sesetengah ibu bapa tidak suka anaknya dipuji...sebabnya mereka beranggapan...nak tengok warna sebenar anak tunggu dah ke sekolah..kerana di sekolah banyak ilmu baik formal dari guru...dan tak formal dari kawan-kawan..kadang anak kita yang pengaruh kawan dia..kadang dia yang terpengaruh dengan kawan-kawan.

    BalasPadam
  4. Betul sangat, kadang dengan kawan ni macam² anak nak ikut buat. Jadi kita kena lebih peka dan prihatin dengan sapa anak² berkawan. Bukannya kita nak kongkong tapi langkah berjaga² supaya tak jadi perkara tak diingini.

    BalasPadam