CATERPILLAR SHOCKMASTER WATCH untuk lelaki sado !

by - Isnin, Mac 20, 2017

CATERPILLAR SHOCKMASTER WATCH.. kalau sebut CAT je , mesti ramai terbayangkan traktor berwarna kuning yang gah di tempat tempat pembinaan , kan ? Apakah jamnya segah traktor tu ??? Satu persoalan yang gah juga untuk aku ! Hehehehe..
Ini kali kedua aku review jam jenama Caterpillar ni. Jam pertama tu , aku dah simpan baik baik. Sayang nak gunakan. Rare gitu.. hehehe.. Guna bila gi tempat tempat yang sesuai dengannya yakni bila masuk hutan dan sebagainya. 
Ok.. selain tahan lasak , apa kelebihannya ? Secara jujurnya jam ni ada dua fungsi jer iaitu masa dan waktu. Aku pernah tanya pada peminat jam. Ada yang tak suka jam yang banyak fungsi sebab nampak semak. Dia nak simple simple je ! Ternyata jam begini diwujudkan bagi menepati citarasa peminat jam seperti kawan aku tu. 




Design kali ni memang lebih nampak kukuh dan simple ! Gabungan warnanya menampakkan si pemakai macam sado sado gitu walhal tidak pon , kan ! Hehehehe.. Dan paling utama , sizenya akan menarik mereka yang berada disisi kita ketika tu.. mesti tertanya jam apakah ?? 


You May Also Like

0 comments