Terpaksa jua aku tamatkan polisi 'insuran' aku !

by - Jumaat, Mac 17, 2017

Insuran nyawa makin mahal. Aku pulak takda kerja tetap. Ada job , ada duit. Takda job , duk diam diam dalam bilik ! Tapi camana pun , aku kena berusaha dapatkan duit untuk menampung perbelanjaan serta membayar bil bil bulanan yang ku kira penting.  Sebulan , untuk insuran.. aku perlu bayar untuk 5 kepala. Puas aku fikir mengenainya. Wife lak suruh teruskan. Amat penting insuran buat aku. Andai berlaku apa apa pada aku , sekurangnya ada juga 'bantuan' yang boleh menolong.. samada buat aku sendiri atau juga keluarga aku. 


Pikir punya pikir.. aku nekad ! Tutup aku punya , anak anak je aku bayar ! Tak pe la.. apa apa jadi pada aku , letak je di hospital kerajaan. Aku yakin dengan kemampuan hospital kerajaan.. Huhuh.. Nak tak nak , tu je jalan penyelesaiannya... kan ?

Nak dijadikan cerita... malam tadi , segala apa yang aku rancangkan terpaksa aku kaji semula selepas sejam berkenalan dengan seorang 'otai' dalam bidang multimedia atau video editing. Aku tergamam bila dia berkata seperti mana aku berkata sebelum ni.. rupanya sama ! 

" Menyesal aku tak amik insuran. Aku bayar untuk anak anak aku jer. Aku ingatkan jika berlaku pada mereka sebarang kemalangan atau sakit , mereka ada ada coverage. Dan aku tak sangka rupanya kena pada aku ! ".  Terngiang hingga sekarang kata kata dia. Memang ada kebenaran di situ. Nasib baik dia umur panjang dan mampu bekerja kembali walaupun dah berstatus OKU ! Bayangkan sebelum tu dia adalah insan normal yang cukup sibuk bekerja ! 

Hurm.. aku beritahu wife mengenai perkara tu dan dia sendiri tegaskan , aku sebagai ketua keluarga adalah amat penting punya perlindungan insuran ! Andai berlaku apa apa pada aku , sekurangnya mereka ada bantuan kecemasan... 

Baiklah.. aku teruskan ! Dan korang yang takda perlindungan insuran , sila dapatkan agen yang korang kenal rapat dan rajin bertanya khabar sejak dulu. Bukannya sebelum dapat 'korang' , dia baik.. lepas dah dapat , terus hilang ! 

Aku ada kenalan yang aku kira cukup rajin dalam bidang ni.. rajin sampai aku sendiri pun rasa cam nak tutup muka dan lari kalau nampak dia.. tapi aku syorkan dia la.. Sapa ? Puan Shiqeen Sattar . Cuba la hubungi dia. 


You May Also Like

7 comments

  1. hahahah bahaya oiii kalau dapat call drp dia.. Nak lari pun ada.
    . bebelan dia lebih drp.mak2

    hahahaha tapi i pilih dia juga ,kerana ikhlas tu nampak d hati. hahaha

    BalasPadam
  2. Hahaha....Tq Ben di atas kepercayaan. Am believe in what am doing!

    BalasPadam
  3. Dengan aku tak larikan? Hi hi...

    BalasPadam
  4. memang perlu sangat polisi utk suami ni

    BalasPadam