Pemandu kenderaan besar , besar kepala ! - BEN ASHAARI

Pemandu kenderaan besar , besar kepala !

Tengah memandu ikut kelajuan yang dibenarkan , tiba-tiba terasa perasan lori atau bas ekspress ada di belakang dengan rapatnya ! Ada kala , aku diberi 'hadiah' lampu besar berkelip kelip ! Terus aku pecut jauhkan diri.
Ada juga kes tiba tiba aku dihimpit. Dia punya nak masuk laluan , tak kisah dah kita sedang laju ke tak. Dia main sebat je masuk ! Punyaaa la bengang kita. Nak tak nak , sekarang ni bila memandu di jalan raya , lebuh raya terutamanya kena berhati hati bila ' gergasi-gergasi' ni lalu. Kalau tak , kita yang naya...
Kekadang rasa cam diorang ni punya 'kuasa' tak berbelah bagi. Tidak serikkah mereka dengan berita berita kemalangan jiwa ? Cam tak kisah langsung jer..  Haihh.. Pelik tul.  Nak tunggu kena kat muka sendiri baru nak menyesal kot ?
Jpj ? SPAD ? Hurm.. malas nak kata apa apa.. bosan ! Macam takda apa apa je bagi diorang. Bila keluar tv , baru beria nak tunjuk buat kerja..

2 ulasan:

  1. Pembuli jalan raya. Tak takut ke kalau dengan perangai macamtu boleh membunuh pemandu lain? Huhu

    BalasPadam
  2. Betul tu, kalau kat highway bas² ekspress ni bukan kisah pemandu lain. Bawak bukan main laju lagi.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.