Review Buku : ODYSSEY - Dari Lembah Ke Puncak

by - Sabtu, Mac 18, 2017

Ketika aku membaca buku hasil garapan Normala Hamzah yang bertajuk ' ODYSSEY - Dari Lembah Ke Puncak' ini , aku dapat bayangkan betapa ramai insan-insan di luar sana tu memerlukan suntikan semangat untuk berjaya seperti ramai usahawan usahawan yang kita kenali antaranya Zaidi Yusoff dan Sharifah Ameelia Akma Mohd Ramly yang diceritakan di dalam buku ini.

Hurm.. bila aku baca buku ni , aku dapat bayangkan betapa kesulitan yang dihadapi kedua insan ini terutama selepas mereka berkahwin dan memulakan hidup baru. Yer , aku dah lalui dan sememangnya memerlukan hati dan semangat yang cekal.. dan mereka sangat cekal walapun beberapa tersungkur namun tiada istilah GAGAL dalam hidup mereka. Tabik ar !


Yer... buku ini mengisahkan kehidupan Zaidi Yusoff  dan isterinya , Sharifah Ameelia Akma dari kecil hinggalah mereka membina empayar perniagaan berpuluhan juta ringgit nilainya ! Satu buku yang tak patut dilepaskan sama sekali ! 

Perniagaan yang dimulakan dari RM3 ribu kini dah menjangkau RM30 juta ringgit. Segalanya diceritakan di dalam buku ni. Tiada kisah yang tersembunyi walaupun ianya pahit untuk diceritakan kembali tapi demi menaikkan semangat mereka yang memerlukan , aku rasa kedua dua ikon ni memceritakan segala galanya ! Ada 23 bab dan 160 muka surat termasuk bahagian bergambar. 


Kualiti buku ini dijaga. Itu yang bagusnya. Dengan harganya RM49.90 , aku rasa buku ODYSSEY - Dari Lembah Ke Puncak ni memang berbaloi untuk dimiliki. Bukan apa bagi aku.. walaupun kita nampak macam biasa dan ramai yang hadapi seperti mereka , tapi belum tentu ramai yang berjaya menghasilkan puluhan juta ringgit tanpa menipu sapa sapa apatah lagi , mereka turut beramal dalam berniaga ! Mereka tidak lupakan insan insan yang memerlukan bantuan ! 

Mereka pernah susah dan tak nak tengok orang lain susah ! Haaaa.. inilah kisah kisah yang ada diceritakan di dalam buku ini dan sedikit sebanyak , menaikkan semangat kita untuk berjaya sepertinya ! Tak mudah tapi tak juga sukar. Hanya perlu tahu jalannya saja... kan ? 

Buku yang diterbitkan oleh ZY PRINTPACK SDN.BHD ini turut memuatkan komentar pegawai serta kakitangan ZY PHYTO mengenai boss mereka ! Hehehehe... Best ! Malah mereka yang terlibat urusniaga bersama ZY PHYTO juga ada bercerita mengenai rakan niaga mereka. Satu usaha murni yang mana bagi aku, patut dicontohi oleh ramai usahawan usahawan di luar sana. 

Seperkara yang aku akui dengan mereka ni ialah.. banyakkan menderma kalau nak berjaya ! Ok... jangan lupa dapatkan buku ini di kedai buku berhampiran korang ! Tak berat dan tak juga ringan kandungan buku ini tapi yang pasti , sangat bermanfaat.

" Apabila Kita Buat Apa Yang Kita Suka , Hidup Akan Menjadi Lebih Indah Khasnya Bila Bersama Orang Yang Kita Sayang. ".



You May Also Like

3 comments

  1. tq boss...aku memang suka baca buku kisah benar camni dan bukan sekadar kata semata -mata

    BalasPadam
  2. Ayat last tu terus kena muka sendiri...huhhhhh...julia suka buku motivasi berdasarkan pengalaman...mmg makanan juju...bagus buku ni

    BalasPadam
  3. nanti nak cari kat MBS sebelah.. suka sangat baca buku motivasi macam ni..

    BalasPadam