Betul-betul berehat aku ni !

by - Rabu, Mac 15, 2017

Baru bangun tidur ! Semua tidur awal malam tadi sebab terlalu penat gara gara bangun terlalu awal , paginya. Aku pulak , sakit kepala. Mungkin cuaca terlalu panas ketika aku hadiri majlis di Sunway Lagoon membuatkan sakit kepala aku tu datang. Kena 'amik cuti' dan tidur jer.. 

Aku plan nak gi gym.. Isnin dan Selasa lepas. Tapi 'tertidur' selepas solat Maghrib..dalam jam  8 lebih gitu laa.. aku paksa Qhaliff dan Zahra ikut sama tidur ! Zahra ni , jadual dia macam kat oversea dah... malam jadi CatWoman..siang jadi Ninja Tuttle.  

Jangan lupa ke Sunway Lagoon pada cuti sekolah nanti untuk bertemu 'mereka' ini ! Pasti anak anak anda teruja punya.. 

Jam 2.30 pagi.. aku terjaga. Aku tengok Zahra tidur sebelah aku. Qhaliff nyenyak dulu dan terus nyenyak. Hurm... tak gi gym lagi aku. Pegang perut.. berlemak sudah. Adehh.... Otot pon dah mengecut. Tak pe laaa... aku pun tak nak besar besar sangat. Nampak cam raksasa dari jauh lak.. 

Tapi yang penting ialah kepala aku. Sakit dah hilang. Lega sangat... kalau tak , asyik nak telan paint killer je dua hari ni yang mana dah berbulan bulan lamanya aku tak amalkan.. Rasanya sejak aku mendetoxkan diri , aku tak amalkan amik paint killer ! 

Bersemangat kembali nak buat kerja... hidupkan laptop.. tiba tiba aku terdengar bunyi pintu bilik dibuka... ternampak mek Zahra keluar sambil gonyoh mata dia. 

Adehh... memang anak bapak sungguh laaa aih ! Mak dia pun tak terjaga bila aku keluar dari bilik.. Anak dara ni , memang betul laa.. nak melekat 24 jam ! 

You May Also Like

3 comments