Fuh... Aku ni kira bernasib baik .. dah kawin ! Maka tak perlu lagi nak 'mencari' bakal isteri dah ! Jika aku bujang , pastinya aku akan jadikan media sosial antara medan mencari bakal isteri selain dari Perpustakaan Negara.
Bukan apa... sekarang ni kan , aku tengok di Instagram la antaranya.. fuh , gadis gadis ayu macam terlebih permintaan di pasaran ! Aku sendiri rasa teruja nak mengorat ! Yelah , kalau bukan lelaki cam aku ni menambat hati mereka , sapa lagi kan ? Apatah lagi sekarang ni lelaki sejati di Malaysia dah makin berkurangan. Terpaksa import dari Bangladesh , Nepal , Somalia dan sebagainya bagi menampuang permintaan dan seterusnya mengelakkan dari berlakunya perbuatan di luar tabie ! Haaaa... dasat kan skang ? Lelaki cam aku ni gak la jadi penyelamat.
Ok... 'operasi menyelamat' bermula.. Wife kata kalau aku nak kawin 3-4 , dia ok je ! Mengelejang kepala lutut aku ! Terus mencari calon di lokasi pertama, yakni Instagram ! Fuhh , asal bukak je , cun! Asal cun je , aku bukak.. Perghhh... cun giler ! Tapi aku antara lelaki yang mudah tertipu dek mekap! Ada lelaki dah power rangers. Tengok je dah tau tu 'ditopengkan'. Tapi aku percaya , wanita tu tetap cantik walaupun dibuang mekap..
Hinggalah di zaman segalanya boleh GO LIVE , maka tengok la rupa mereka sebelum mekap dan selepas dimekapkan ! Fuhhhhhh... giler laaaaa.. Scary Movie sungguh ! Mudah sangat la mata ni tertipu dengan alatan mekap wanita.. Adehhh..
Dan sekali lagi aku bersyukur.. aku dah kawin. Cukup la sorang ni ! Wife pun jenis tak mekap tebal. Asal 'bercalit' je dah.. Aku bukannya tak suka perempuan mekap.. sukaa ! Cantikk... Tapi bila buang mekap tu , kekadang aku rasa... hurm.. Malas nak sambung !
Seperkara lagi. dah la mekap tebal.. pastu berlagak cun giler ! Eh , akak.. kalau rasa cun sangat , cuba la buang mekap tu ! Nak tengok rupa original !! Ada berani ??? Heheheheh..
Maka nasihat aku la.. mekap la nipis nipis pastu post di media sosial. Yang mana mengutuk tu , blocked jer. Jangan dilayan... Yang mana memuji tu , jangan percaya sangat ! Mesti scammer tu ! Haa.. Masa ni akan ada yang sudi berkawan dengan kita walaupun muka kita cam Kong ! Hati mau baik wooo.. Muka cun tapi hati busuk , tak guna gak. Muka tak cun dan hati busuk , tu memang busuk laaa.. Hati mau kena jaga , Ok ?
Akhir kata.. bersederhana terutama dalam mencari jodoh atau memancing jodoh.. heheheee..