Nak punya nama dalam dunia blog ni bukan mudah. Jalan paling cepat ialah join komuniti atau jadi 'pengipas' blogger top ! Tapi nak jadi 'pengipas' pon bukan senang wooo. Banyak cabaran. Boleh dibaca tindak tanduk gitu.. Apa pun , ikut suka korang la.. Mana mana pon ok je asalkan jangan kacau orang lain.. kan kan ?
Yang penting ialah bila ada nama... Bila dah ada nama , nak jaga nama tu bukan mudah. Kita kena jaga kesemuanya ! Bukan suruh berlakon tapi kena ubah ! Kalau dulu suka korek hidung sewaktu memandu , skang tak leh dah.. risau risau pemandu kereta sebelah kenal kita ! Hilang privacy kan ? Apa nak buat.. sapa suruh ko popular ! Haaa..
Tapi semua tu hal kecik.. Yang nak kena jaga , paling penting ialah hubungan kita dengan PR Agency! Jangan berlagak bagus dengan diorang. Bila dijemput secara baik tak kira la melalui email atau whatsapp , kita balas dengan baik. Tak kira la nak terima atau tidak , jawab dengan berhemah.
Ada kes la.. yang aku dengar di telinga aku.. sedih gak la ! Sikap poyo dan sombongnya macam dia dah cukup gah ! Seumpama dia punya income dari blog dah cecah ratusan ribu sebulan ! Bagi aku kalau ko gempak sangat , berenti keja dan carilah makan dengan blogging. Buat apa nak kerja kan ?
Sikap sikap ginilah yang membuatkan nama blogger lain terpalit sekali kebusukkannya ! Jangan gitu. Ingatlah... hari ni korang naik , esok lusa boleh turun ! Bila dah ada nama tu , jagalah personaliti. Jangan ingat kita ni level Hollywood ! Ada blogger rasa dia sama level dengan artis Malaysia ! Kena layan baik baik.. Aparaaaa ! Bikin malu kompeni jer.
Nasihat aku.. kekalkan momentum blog.. jaga disiplin .. jaga nama dan senyum selalu !