Asal aku pegang je laptop.. Dia datang kacau.. Tarik phone la.. Naik belakang aku la.. Duduk atas aku.. Hurmm..
Bila aku shutdown dan simpan laptop, dia senyum. Terus baring sebelah aku dan ajak berbual..
Hurm.. Teringat janji aku hari tu.. Dia sembuh nanti, aku luang banyak masa utk dia.. Tapi sapa nak buat kerja kerja aku yg berlambak tu???
" Zahra , meh makan ubat.. ". Arah ibunya. Zahra sekadar memandang dari jauh kemudian jelirkan lidahnya. Ok , dia dah sembuh. Alhamdulillah... Lega rasanya. Yelah , dua hari dia 'tersadai' tanpa berbuat apa apa.. Nyaris aku nak bawak dia masuk balik Prince Court.
Betul ke kata orang.. kalau kita dah masuk dalam wad , bila dah keluar tu.. mesti demam sehari dua atau badan terasa lesu semacam jer ? Hurmm .. aku yang jaga dia di wad pun terasa lesu. Rasa macam nak suruh Zahra bangun dari katil dia tu , aku nak baring lak.. suruh dia lak jaga aku. Tapi kalau aku buat gitu , rasanya aku akan tidur di ICU untuk malam tu.. hahaha..
Demam , dia tak dah.. Tapi pipi dia naik kemerahan. Macam naik ruam gitu. Orang kata panas dia keluar.. sehari dua nanti hilang lah.. kan ?
Tapi yang pasti , dia dah kembali cergas walaupun tak 100%. Selera makan dia pun dah beransur ansur kembali. Namun gitu , aku tetap kena pantau dia. Abang dia , Qhaliff dan Aariz.. Alhamdulillah.. sihat je tapi ada la selsema gitu.. sesekali bersin , kuar hingus hijau ! Huhuuh.. Moga diorang sihat berpanjangan.. Ada projek ke Johor minggu ni.. InshaAllah.. Nak review hotel gitu.. heee.. Kalau ada rezeki la.. Kali pertama mereview hotel di bulan Ramadan. Ikutkan aku , malas nak gi mana mana pun. huhu..
4 bulan lagi ! Hehehe. InshaAllah , jika panjang umur. Segala-galanya telah diuruskan oleh team #KembaraKBBA9 dan juga Ikhlas Tours yang beroperasi di New Zealand. Hanya menanti masa saja. Tak sangka , mudah berurusan dengan mereka. Dan kosnya , mampu bayar la.. Untuk 6 hari 5 malam , bawah RM2K seorang ! Ok la kan ?
Menarik New Zealand ni kalau kita ni pencinta alam. Hehehe.. Kalau untuk shopping , rasanya tak la sesuai ke sini. Aku nak ke sini sebab nak rehatkan kepala otak aku sebelum masuk tahun baru dan kena pulak time aku dan rakan rakan blogger gi ni nanti , musim Spring ! Haaaa... Tak terbayang keindahannya nanti ! Huhuhuh..
Apakah pakej yang kitorang amik ? Owh.. ni yang best ni. Kitorang akan memandu sendiri di sana ! Tu yang best tuuu.. Hahahaa.. Sebab tu kena cari geng sekepala untuk travel gini. Baru best. Apa yang disediakan oleh Ikhlas Tours ? Haa.. meh aku kasi tau..
Jadual 5 hari 4 malam ( tak nak lama lama.. rindu anak ! )
Ahaaa.. mesti tertanya punya.. camana punya penginapan.. transport yang disediakan oleh Ikhlas Tours. Oh ya , makanan kitorang bawak dari KL. Tapi ada gak plan nak buat food review kat sana.. Hehehe.. Cari restoran halal dan tulis mengenainya di blog. Kot kot la korang nak gi nanti , kan ? Heheeee..
Dan antaranya dah dibooking untuk kitorang ialah..
Pengangkutan dan lesen.
Ahaa... amacam ? Ramai dah amik pakej bersama Ikhlas Tours dan alhamdulillah , semua gembira ! Boleh tengok di page Ikhlas Tours sendiri.. Kalau nak tau dengan lebih lanjut , boleh email pertanyaan ke : i k h l a s . t o u r s @ g m a i l . c o m
Tak sabar nak ke sana ! Moga panjang umur dan tercapai impian. InshaAllah.
" Daddy , nak toys.. " . Ayat yang kadang kala keluar dari mulut Qhaliff dan juga Zahra. Aariz belum pandai lagi nak berkata kata walaupun dah pandai menjerit memanggil mak bapak dia ! Hahahaha.. Adeh.. pandai dah diaaa..
Dengan wife , memang diorang payah nak dapat. Bukan sebab kedekut tapi wife memang tegas sikit bab bab ni. Yelah , berlambak mainan diorang dalam stor tu. Main sekejap jer.. pastu tak usik dah. Huhuh.. memang leh sentap la kan ?
Tapi aku tak.. Aku bukanlah nak membazir tapi aku yang selalu je baca kisah kisah sedih insan insan yang kurang bernasib baik.. yang mana anak anak kecik mereka terdampar atas katil , dibelikan mainan.. tapi nak buat apa ? Bukan mereka nak main pon.. Huhuh..
Dan seminggu aku di hospital bersama Zahra.. Aku tanya dia.. Nak toys tak ? Dia jawab tak nak.. Apa pon dia tak nak. Nak tidur jer. Lesu je tengok dia. Memang 'menakutkan' aku. Berdoa agar dia kembali ceria dan cergas.. Nak tengok semula dia menari depan aku setiap malam.. di kala aku nak lena... dia sibuk tengok kartun.. huhuh.. Aku rindu nak saat tu dan jika ianya kembali , aku takkan larang dah.. Biarlah menari pon sampai pagi ! Huhuhu..
Di Tesco petang semalam.. Qhaliff nak anak patung BayMax selepas Zahra dapat anak patungnya.. Car.. Aku tau , Qhaliff bukan nak sangat tapi dia nak aku berlaku adil. Apa Zahra dapat , dia dapat ! Yer , aku belikan.. Dia senyum. Dia 'lega' daddy dia masih sayangkan dia. Diorang dah pandai bermain psikologi dengan kita.
Dan teringat aku kalau Qhaliff demam. Dia lagi teruk kalau demam.. apa apa pun tak nak ! Huhuh.. Maka biarlah apa diorang nak.. Selagi aku mampu belikan , aku belikan Selagi mereka ada di sisi , aku berikan yang terbaik Aku tak nak menyesal kelak.. Apa guna duit banyak tapi kebahagiaan tiada ? Dan merekalah kebahagiaan aku buat masa ini..
Discaj dari hospital tapi dia belum pulih 100%. Demam dan batuk on off. Demam dia tu merisaukan. Kadang kadang cecah 39. Terus basahkan tuala pastu letak di perut dan ketiak dia. Pastu turun sikit suhu tu.. Tak tidur aku semalaman hingga sahur. Lepas subuh , aku mintak wife lak pantau dia. Aku nak lenakan diri. Risau aku lak demam.. Kalau aku demam , lagi payah...
Ahad.. demam dia masih ada. Aku bagi kata dua pada wife. Kalau demam tak surut , kita kembali ke Prince Court. Tapi sebelum tu , jom kita regangkan otot dulu.. bawak dia gi Tesco. Tengok keadaan dia camana. Kalau dia tak bermaya , memang kena gi hospital. Tapi kalau dia segar terutama bila nampak anak patung , tu memang dia sedang bersedapan ! Maksud aku , dia sedap layan demam dia! Hurmm..
Dan jangkaan aku tepat.. di Tesco , dia ok ! Nak itu ini.. Dan dia kembali berselera makan. Tu je masalah dia skang. Dia tak nak makan. Tapi selepas gi Tesco tu , dia nak makan.. KFC lagi ! Pastu nampak la segar skit.. Namun suhu badan dia tetap naik. Aku mandikan dia dan bagi ubat demam. Hurmm.. Aku pandang wife. Sian kat dia kalau kena cuti lagi. Moga moga tak demam dah dia esok.. Sian kat Qhaliff gak. Seminggu tak sekolah.
Malam... Zahra tidur lena. Setakat sehingga jam 1 pagi , suhu badan dia normal.Moga dia tak demam dah.. Kalau demam , aku kena pikir pelan B.
" Qhaliff.. jom gunting rambut.. Tengok rambut Qhaliff , tu.. macam King Kong dah rambut ! Nanti nak gi sekolah , tak hensem. Haa... Nanti Ticer Ayub ngan Ticer Fahmi gelak kat Qhaliff.. tengok rambut cam King Kong. ". Kata aku sambil halakan cermin kat muka dia.
" Hensem tak ? ". Tanya aku. Dia sengih sambil gelengkan kepala.
" Haaa.. Isnin ni nak gi sekolah , mesti nak nampak hensem kan ? Jom gi gunting rambut.. ". Ajak aku sekali lagi.
" Tapi Ticer Ayub.. ". Dia mencelah tapi pantas aku potong... Sayang tul dia ngan Ticer Ayub dia tu.
" Nak hensem ke tak nak ni ? ". Tanya aku sekali lagi. Dia sengih.
Di Alamanda... dia dah lena dalam kereta. Aku biarkan dalam 10 minit dia tidur dulu. Take a nap omputeh kata.. Takda la nanti dia meraung atau buat pasal..kan ? Pastu baru aku kejut dia. Ceria terus. Hurmm.. aku tau nape dia ceria.. Bukan sebab nak gunting rambut pon..
Menghala ke Hairven , tingkat 2. Dia tak nak masuk ! Amboiiiiii... memilih tul laaa ! Aku tau dia nak g mana... A-LOOK !!! Kalau Hairven , baru RM belas belas seingat aku tapi kalau kat A-LOOK , RM33 ! Gunting saja ok !! Huhhh...
Tapi ok laa.. aku rasa dia tak suka Hairven sebab dulu rambut dia pernah digunting kat situ dan tidak memuaskan hatinya.. hahahah.. A-LOOK pon nampak kelas skit. Hahaha.. dia ni memang poyo skit part ni. Nak kelas gituuu..Siap... Upahnya ?? Hurmmmmm....
Dan Zahra , aku tak bawak sama sebab badan lom sihat sangat. Kasi dia berehat betul betul di rumah..
Semalam punya cerita.. 26/5/2017 !
Dia berselera dah makan tapi makan koko crunch jer.. Tak kisah la , janji makan ! Abissss.... huhu. Risau gak aku sebab dia tak nak makan langsung. Air pun tak nak minum. Dia takut muntah aku rasa. Tapi bila nurse kasi air , dia minum.. Nak bermanja ngan nurse la gamaknya..
Doktor datang check... demam dah reda. Dia boleh balik. Tapi bila sampai masa nak balik , demam dia naik sikit.. er , panas skit.. dalam 37 gitu. Risau aku aihhh... Risau kat dia satu.. bosan dalam tu pon satu hal gak. Nurse pon macam bosan je tengok aku.. Hahahah.. Abis kontrol hensem dah aku ni kot ?? Ke aku tidur berdengkur sampai satu wad dengar ? Hurmmm...
Positif Ben , positif ! Diorang suka tapi tak nak la lama lama dalam wad , kot ? Haa.. bagus pemikiran gini !
Jam 4 petang , dapat surat dari doktor. Aku gi ke bahagian pembayaran.. Kasi surat.. dan kemudian dia kasi aku bil. Hehehehehe.. Aku tengok dan ternganga ! Fuhhhh.. berpeluh tapak kaki aku. Nasib baik la ada insuran. Kalau takda , mau merangkak aku kembali ke wad dan angkut beg turun bawah semula ! Hahahahaha..
Cer tengok berapa kena bayar !
Ni baru wad standard ni.. Kalau kena level artis atau level pak pak arab tu ? Haaa.. entah berapa lak eh ? Tapi bukan salah hospital tu pon.. Tu hospital antara yang terbaik di negara kita.. Dan hospital swasta tuu.. Kalau nak murah , gi je hospital kerajaan.. Ada je pilihan kan ?
Yang penting , anak tu sihat.. Sihatkah Zahra ? Alhamdulillah.. tapi dia masih lagi lemah.. takda mood nak bermain walaupun Aariz datang kacau dia.. huhu...
Dan aku sendiri , baru terasa kepenatan di tambah lagi dengan hari pertama puasa.. terlepas waktu sahur !
Batuk takda dah sangat.. ada tu ada la.. Selsema , clear. Demam , on off ! Demam ni yang merisaukan ramai pihak... Apakah bila keluar nanti akan ok ? Maklumlah , sekarang ni ramai dok demam.. aku , wife , Qhaliff dan Aariz pon demam gak..
Malam menjelma.. Zahra dah mula bosan asyik terbaring atas katil. Aku ajak dia turun jalan jalan. Sebelum tu , dia asyik menangis jer. Kelmarin pon gitu gak.. Pastu nurse check dan dapati pergelangan dia bengkak. Air tak masuk betul katanya. Jadi kali ni aku alert. Pada awalnya pelik gak nape... Bila tanya tak nak jawab. Stress pulak aku. Tetiba terpandang tangan dia. Dia tak nak baring awalnya. Aku syak tangan dia yang digunakan untuk drip air dan antibiotik. Terus aku 'call' nurse. Dia datang check dan tukar balutan. Mungkin ketat sangat atau dia dah hilang keselesaan..
Pandai dia mengadu. Pastu nurse je boleh usik dia.. Aku , dia tak kasi.. Huhuhu.. Usik je terus nangis.. Ngada tul..
Lepas tukar balutan , terus dia kembali ceria. Siap menari gitu. Aku ajak dia turun jalan jalan.. Terus nak ! Hurm.. nampak sangat dah tepu dalam bilik. Padahal sebelum tu memang dah turun ke bawah dah.. bersama Qhaliff ngan ibunya. Aku pun join sama.. heee.. Sukaaaa dia ! Cergas ! Berdasarkan tu la aku rasa dia ni kena bawak jenjalan.. kasi kuar peluh. Baru sihat kot ? Harapnya gitu la..
Pilihlah apa nak.. Daddy belanja.. duit ibu !
Dapat !
Pasang.. dan daddy jugak jadi mangsa.
Main jap.. pastu dia mula panjat badan aku semula. Nurse masuk bilik dan check suhu badan dia. Aku dah rasa dah.. nafas dia panas... Dan demam semula. Hurm.. Camana nak keluar esok ni ??? Esok tok ma datang.. nak gi umrah , sebulan ! Pastu nak puasa.. Takkan daddy nak berpuasa di hospital kot ? Tak puasa gak daddy nanti ! Hahahaha..
Semoga Zahra kembali sembuh seperti sedia kala. Rindu nak tengok dia menari sambil tengok tv di rumah.. dan kesian kat Qhaliff dah seminggu tak gi sekolah. Terlepas dah dia sesi fotografi.. hurmm..
Wife cerita pada aku. Qhaliff meluahkan perasaan pada wife dalam kereta sewaktu mereka bersama pergi ke dobi dan aku di hospital , jaga Zahra. Bila Qhaliff cerita gitu , hati aku.. hurm... Terbayang ketika dia mula mula lahir dulu. Perasaan aku mendukung dia.. melafazkan azan di telinganya.. membersihkan uri serta menanamnya.. Kemudian membesar dan menjaganya tanpa pernah beri pada mana mana pengasuh pun ! Dan akhirnya daddy dapat 'anugerah' itu..
Yer.. memang mereka tak tau apa apa.. Sebab itu bila suami isteri bergurau atau pun 'bertengkar' di depan anak anak , anak anak ingat ! Jangan sangka mereka buat buat 'buta' jer ! Bayangkan Qhaliff di usia gitu pun dah boleh ingat dan beri 'title' tu pada ayahnya sendiri !
Dulu masa dia belum pandai cakap , kita teringin nak bercakap dengan dia. Tapi bila mereka dah pandai bercakap , kita kena berhati hati bila bercakap dengan mereka. Aku memang garang dengan anak anak. Aku sebenarnya sangat manjakan mereka tapi risau akan spoilkan mereka nanti. Nak tak nak , aku kena pura pura garang. Sedih sebenarnya tapi apa nak buat ! Redha jer dapat title 'daddy jahat.. ".
" Qhaliff , daddy jahat ke ? ". Tanya aku depan dia di hospital tadi.
" Tak laa.. daddy baik laaa.. ". Dia pandang ibunya dan mula menangis. Mungkin tak sangka si ibu bukak rahsia perbualan mereka.
" Kenapa Qhaliff kata daddy jahat ? Daddy marah Qhaliff ke ? Ke daddy marah ibu ". Kuat lagi teriakkan dia dan lari jauh dari aku.
Hurmm.. aku pergi pujuk dia.. Budak bijak. Dah pandai suarakan perasaan dia. Dan aku tak amik ringan langsung apa yang dia rasa !
" Yelah.. kalau daddy garang.. daddy jahat , daddy minta maaf yer.. Nanti daddy tak garang dah... ok ? Jom kita gi turun bawak.. beli toys , ok ? " Pujuk aku. Dan Zahra nampak.. dia pun datang suruh dukung dia.. Dua dua suruh dukung ! Adeh...
Barulah aku tau camana perasaan seorang ayah. Pada masa sama , nak kena cari rezeki. Nak kena jaga keluarga. Nak jaga dirinya sendiri. Dan juga kena jaga orang tuanya... Besar tanggungjawab tapi ada yang tak paham..
Kenapa nak bayar lebih di kala ekonomi dunia tidak stabil gini ! Kalau dapat jimat , maka berjimatlah ! Seperti kata seorang kenalan aku baru baru ni , kalau boleh kutip point dan melancong secara percuma , mengapa dibiarkan jer ? Dan dia dah pergi banyak negara , duduk di hotel mewah , menaiki penerbangan business hanya dengan menggunakan point yang dia kutip saja ! Haaaa...
Selepas tu aku terfikir.. Aku ni selalu isi minyak. Tapi tak guna kad kad yang ditawarkan di stesen tu ! Adoiyai.. ruginyaaa ! Pastu sekarang ni lak , setiap bulan mesti nak bawak anak anak berjalan sana sini.. Bila sampai kat kaunter tiket , soalan pertama.. " Takda diskaun ke untuk warganegara ? ". Tak tanya , diorang sendiri pon kekadang tak bagitau. Kita pun bayar dengan harga penuh. Sapa rugi ? Kita jugak !
Dan aku terima satu email dari Tourism Malaysia yang memberitahu bahawa satu kad privilege kembara telah dilancarkan dan mereka yang memiliki kad tu boleh mendapat diskaun dari 20% hingga ke 35% pada restoran , pengangkutan , penginapan , perkhidmatan , produk yang mereka beli. Buat masa sekarang , beberapa negeri yang boleh digunapakai . Antaranya , Selangor , Pulau Pinang , Negeri Sembilan , Kuala Lumpur , Melaka , Langkawi dan Perak.
Untuk mendapatkan kad ni , korang kena daftar dan bayar cuma sebanyak RM25 sahaja. Boleh guna untuk 2 orang dewasa dan 2 orang kanak kanak. Berbaloi la kan ? Untuk mendaftar atau nak tau lagi tempat tempat yang menarik dan boleh guna kad ni , sila ke www.malaysiatravelprivilegecard.com/
Alhamdulillah.. tak sia sia bayar setiap bulan.. Segala perbelanjaan perubatan sakit Zahra , ditanggung. Sponsor ? Giler apa sponsor... Memanjang nak sponsor , Najib pon nak jadi full time blogger gini weh ! Hahahaha..
Perlindungan Insurans la... Satu keluarga aku amik perlindungan insurans selepas melihat apa yang terjadi pada arwah ayah aku dan beberapa orang rakan. Maka , bersusah payah sekarang ni , tak pe la.. Nanti bila anak anak tak sihat , senang.. duduk di hospital swasta , mudah untuk kita gi lawat dan segala perbelanjaan perubatan di tanggung , mengikut pada skim yang kita amik..
Tu yang ada kawan ingat aku duduk di Prince Court ni , bayar sendiri.. Perghhh.. giler arrr ! Muflis terus aku kalau bayar sendiri. Lain la kalau aku ni ahli politik... heeee..
Berani buat gini kat hopital awam !
Selesa
Di sini , boleh la 2 orang sekali masuk jaga bila malam. Tapi untuk kes aku ni , aku je la. Wife kena balik jaga Aariz.Sofabed disediakan. Boleh mintak selimut dan bantal. Selesa sangat sampai tak tau sapa jaga sapa kat sini. Hahahaha.. Makanan pon sodap sodap.
Nasib baik agen agen insuran yang aku kenal ni , semua pandai buat kerja. Korang yang belum ada perlindungan insuran ni , dengan zaman virus yang entah macam macam boleh muncul.. sebaiknya amik la satu pakej yang korang mampu bayar. Bukan nak mintak kita sakit tapi sekurang kurangnya bila sakit atau ada berlaku sesuatu kecelakaan di luar kawalan kita , ada la perlindungan daripada takda langsung... kan kan ?
Oh ya.. betul. Aku ada baca gak mengenai kes kes insuran tak nak cover atau agen insuran tak nak bayar. Maka sebab itulah kena ada agen insuran yang betul betul buat kerja dan menjaga kebaikan 'anak buah'nya.
Aku syorkan 3 agen ni... korang leh tanya mereka sendiri mengenai insurans di Facebook :
Korang nak aku jadi agen untuk korang ? Hehehehe.. Tak pe la.. buat masa sekarang , aku tak mampu nak bahagikan masa dengan kerjaya yang baru. Bukan apa , aku kalau buat kerja.. aku buat sungguh sungguh. Tak suka buat kerja setengah jalan. Dan buat masa sekarang , tumpuan aku pada blog je dulu.. hehehe...
Dijadualkan dia discharge hari ni. Tapi malam tadi , dia demam semula. Qhaliff pun demam. Aariz pun demam haaa.. Dan aku sendiri pun demam. Tapi Zahra paling aku kesian. Dia merengek lain macam. Sikit skit nangis. Nurse check... dan dapati laluan 'bermasalah' . Baru aku perasan , tangan dia bengkak dah..
Terus nurse bukak dan sapu ubat.. Barulah dia dapat tidur selepas tu. Aku sendiri pun baru dapat tidur. Hurmm...
Tengok la camana hari ni. Mak dia pun dah berhari cuti. Qhaliff sendiri pun tak gi sekolah. Sian dia. Lama tak belajar. Hurmm... Moga hari ni Zahra makin sembuh.
Hurm.. penat. Hal anak ok je.. ditambah dengan dugaan lain..
Terus nurse bukak dan sapu ubat.. Barulah dia dapat tidur selepas tu. Aku sendiri pun baru dapat tidur. Hurmm...
Tengok la camana hari ni. Mak dia pun dah berhari cuti. Qhaliff sendiri pun tak gi sekolah. Sian dia. Lama tak belajar. Hurmm... Moga hari ni Zahra makin sembuh.
Hurm.. penat. Hal anak ok je.. ditambah dengan dugaan lain..
Tahu tak korang , betapa banyaknya akaun palsu di internet ni ? Aku dah berkali kali dapat mesej pemberitahuan dari rakan rakan mengenai 'gambar milik aku' digunakan oleh banyak orang. Ada yang berjaya aku buat laporan pada admin Facebook dan ditutup. Ada yang tak berjaya .
Ada satu kes sebelum ni , dia mesej aku bagitau mak dia ditipu. Akaun nama sapa tah tapi muka muka aku zaman aku hensem. Muda muda dulu laa.. Acaner la boleh percaya , aku tak tau laaa.. Malas nak ulas lanjut. Aku tengah tak sihat. Aku pulak yang demam ni.
Dan pagi tadi aku dapat email.. Hurmm.. Dia sertakan satu no telefon. Aku pernah dapat no telefon ni dan save. Aku pernah call tapi tak berjawab. Whatsapp pon tak berjawab. Hurmm..
Tak tau nak kata apa.. Kalau aku free nanti , aku nak gi buat report polis. Rasanya orang ni dah over sangat dah. Tapi buat rakan rakan di luar sana, berhati hati . Jangan laaaa mudah percaya dengan media sosial ni. Pacak muka hensem atau cun skit , terus percaya.. tergoda !
Hari ni masuk hari ke 2 , Zahra di dalam wad. Nasib baik la aku ada amik pakej perlindungan insuran untuk anak anak aku. Boleh la duduk dalam wad yang selesa sikit untuk diorang dan parents pun boleh la duduk sama , selesa gak. Price Court Medical Centre ni antara hospital panelnya la.. Dan agen insuran aku , Addy Gagah memainkan peranannya dengan cemerlang yang mana aku dengar ada banyak kes dengan agen insurannya.. Dia pun dah datang ziarah semalam dan bertanya khabar. Nak discharge nanti pun dia akan uruskan. Bagitau je dia. Alhamdulillah.. berbaloi gak la bayar setiap bulan sebelum ni...
Zahra sakit apa ?
Jangkitan kuman di paru-paru. Batuk berkahak tak berenti lebih seminggu. Jika dibiarkan , boleh dapat asma dan ada isu kematian juga melibatkan jangkitan kuman di paru paru ni. Sebab tu aku tak berani pandang remeh dengan keadaan dia. Dadanya setiap kali bernafas pon ada bunyi. Gi klinik berkali dah.. tu yang doktor nasihatkan untuk ke hospital jer.
Si abang di rumah , keboringan. Sian kat dia gak.. terpaksa ponteng sekolah lama. Hurmm.. Yelah , sapa nak gi amik dan antar sebab kitorang berkampung di Cheras dan hospital. Zahra ni malamnya nak aku tidur dengan dia.. Siang , si abang datang bermain dengan dia. Qhaliff tu pun dah demam gak. Aariz dah ok dah skit.. selsema jer lom pulih 100%.
Semalam , Zahra disedut kahak dan selsemanya guna mesin. Fuh , memang selesa dia pastu laa.. Semasa disedut tu , memang kita yang tengok rasa kasihan tapi aku rasa takda apa pun.. Diorang ni kan asal menda baru je untuk diorang , teriak dulu.. Ke memang sakit ? Aku tak tau la sebab aku tak pernah rasa.. huhu.. Dia pun dah macak expert je dengan apa yang perlu dia lakukan.. Redha jer..
Bila Zahra discharge ? Aku rasa esok last kot. Doktor dah amik sample kahak dan hingus dia. Takut takut ada sebab lain , kan ? Tunggu keputusan dari makmal je la. Aku pon dah boring duduk hopital. Lama lama kat hospital , risau terngorat nurse lak.. heeee.. Gurauuuu..
Makan dalam wad ni , parents pon dapat gak. Siap ada pilihan nak makan apa lagi.. Hahahaha.. Boleh tahan sedap gak la makanan dia.Heee.. Gemuk jugak aku ni semula.. Dah la lama tak gi gym.. Huhuhu..
Stok Kopi Badang aku pun nak abis dah ni. Kena beli dah stok baru ni.. huhu ..
Serius.. aku rasa korang kena simpan stok di pejabat dan jugak rumah. Setiap pagi sebelum mulakan perjalanan ke pejabat , sila pekena secawan.. di pejabat , ngantuk je sila minum ! Kasi cergas balik.. otak pun cerdas ! Huuuu...
Camana nak beli ? Cuba tengok di page Kopi Badang Official.
Hah ??? Kuda apa lak ??? Oh , terlupaaa aku.. Si MLP dia ! Haishhhh.. Cakap la Pony. Cuak pulak aku tak pasal pasal kena beli kuda. Yelah , permintaan orang demam kan ? Kekadang ngalahkan orang mengandung mengidam. Mana aku nak cari kuda di kala duit dalam bank ada baki RM1.05 jer!
Selepas wife membetulkan 'arahan' tu , terus aku cari di ruang tamu. Di hospital , giliran wife dan Qhaliff jaga Zahra. Aku balik ke rumah nun di Sepang jap. Amik pakaian sebab Zahra dijangka berada di wad sehingga Rabu nanti.
" Ok , jumpaa.. " . Terus aku letak telefon. Kalau zaman bercinta dan awal kawin , nak letak telefon je dekat setengah jam.. ucap ' I love You' saja dengan 1000 kali ! Pastu pakat 'U la letak dulu... U laaaa.. U laaaa' . Skg ni tak abis cakap , dah letak ! Hahahahaha...
Aku pegang anak kuda Zahra dan geleng kepala. Takkan la aku nak bawak kuda ni gi spital dengan keadaan gini ? Bikin malu daddy ni kalau nurse atau doktor tengok ! Adehh.. Lagi pun boleh mendatangkan bahaya juga pada Zahra.. Camana eh ?
Jahit sendiri ? Alaaa.. malasnya nak cari jarum dan benang ! Kalau nak jahit sendiri , mau dengan 15 minit gak ni. Hurmm.. camana eh ? Takda pilihan ! Kena jahit sendiri gak. Masa untuk keluarkan segala skill menjahit yang aku tinggalkan ketika aku berusia 17 tahun. Dulu aku mengait ok !! Haaa.. aku tipu jer ! Hehehehe... Tapi memang aku menjahit sebab mak aku paksa. Dia kata anak jantan apa tak reti menjahit ! Pastu dibuktikan lagi dengan babak Rambo menjahit lukanya sendiri.. aku yang teringin nak jadi Rambo pastinya tercabar dengan skill Rambo tuuu.. Fuh , tertipu sungguh la aku dengan Hollywood !
Dan aku mula menjahit.. Tak sampai 10 minit , siap ! Wahhh.. otai masih berbisa gituuu... Lubang jarum pon berjaya aku masukkan tak sampai 10 saat. Ternyata aku memang pakar bab memasukkan lubang ni... hahahaha.. Jangan pikir bukan bukan yer !
Siappp !
Tak kemas sangat tapi ini yang terdaya aku buat memandangkan aku dalam keadaan kelam kabut .. nak kembali ke hospital semulaa... Ok la kan dari tak da !
Di hospital , Zahra cukup gembira dapat 'horse' dia...
Dah nampak makin ok tu... InshaAllah.