Secara jujurnya , kalau tengok buat pertama kali , akan terbayanglah Dubai ! Dan ianya baru cuma beberapa peratus je siap. Aku tak dapat bayangkan jika ianya siap 100% ! Fuhhhh.. Tu baru tengok gambarnya saja... belum jejakkan kaki ke sana !
Dan bila aku jejakkan kaki ke sini... Fuhhhh ! Aku nak bergambar saja. Semua tempat nampak menarik. Oh ya , Phoenix Hotel Forest City ni terletak di bandar terancang dan berteknologi tinggi dan berkonsepkan kehijauan berdekatan dengan Johor Bahru atau Gelang Patah. Di bina laut yang ditambak sepenuhnya. Sebab tu aku terbayangkan Dubai !
Jom tengok sekitar Phoenix Hotel ni..
Siap translate ke Bahasa Melayu tuuu..
Seni bina dan lanskap yang cukup mengagumkan aku !
Bahagian lobi hotel , memang menawan dan luas. Aku rasakan mereka sudah bersedia untuk menerima sejumlah besar pelancong untuk menginap di hotel mereka. Sebab itu bahagian lobi ni cukup luas dan merilekskan.. Hehehe.. Maka tak la stress sangat bila menanti bilik mereka siap. Kan kan ?
Menariknya , ada kedai 24 jam ! Haaaa.. kalau malam malam kelaparan dan malas nak keluar , boleh lapis perut dengan beli roti atau makanan segera.. Heee..
Ok..dah check in.. Jom naik atas... Dan aku dapat bilik 7041 ! Bukak je pintu.. Wowwww ! Qhaliff terus nak berlari naik atas katil. Whopsss ! Daddy nak amik gambar dulu ! Hahahaha. Nasib la dapat daddy blogger.. segalanya perlu 'direkodkan' !
Cantik bilik... luas ! Tandas pon , wowww ! Confirm Qhaliff dan Zahra suka.. Dan tak sangka , Aariz pon giler nak nak masuk dalam bath tub tu !
Permandangan sekitar dari atas .. Wow !
Yang bawah ni cukup cantik bagi aku.. Hehehe.. Bermula dari subuh , tengahari dan malam !
Ok... dah tengok view dari atas kan ? Jom jenjalan di bawah lak.. di belakang hotel ni.. Fuh , gempak tul ! Dikatakan TMJ pon penah datang sini buat majlis ! Haaaa.. tu diaaa aih !
Sebenarnya banyak lagi tempat menarik untuk aku bergambar.. tapi aku suka duduk di bilik ! Hahahaa.. Suka tengok permandangan di bawah.. tenang dan mendamaikan !
Aariz ngan mak dia je gi jenjalan di bawah. Aku pun tak sempat gi tengok gym mereka tapi kalau hotel gempak gini , pastinya gym dia tip top laaa ! Sini pun ada tawarkan spa dan sauna kalau tak silap aku.. Heee.. Leh la kasi wife korang gi berehat di spa.. Laki gi lepak kat pantai buatan..
Ilustrasi .. begini jika Phoenix Hotel siap sepenuhnya ! Fuhhhhh... Aku rasa kalau dah siap sepenuhnya , aku tak mampu duduk dah kat sini.. Hahahahaha.. Mampu tengok jer ! Tapi sapa tau kan ? Rezeki.. Kena rajin check web web travel dan hotel.. kot kot ada promosi kan ?
Boleh check di Booking.com dan banyak lagi.. Google jer ! Buat masa ni , harga promosi yang boleh didapati ialah RM500++ ke atas... Ni sebab Ramadan kot.. tak ramai nak bercuti sangat.. Hehehe.. Tak tau la harga selepas tu.. mungkin sama sebab masih dalam pembinaan ! Maka ni masanya nak rasai hotel mewah gini.. Pasni , rasa angin je la.. hahahah..