1 Syawal dah berlalu. Biasanya 1-3 Syawal ni memang meriah abis laa.. Tapi di bandar-bandar besar terutamanya di Kuala Lumpur , kemeriahannya terasa sehingga hujung Syawal. Dan ketika ini, banyak rumah rumah terbuka dibuat. Jemputan sana sini. Perut terboroi melampau lampau sampai ada yang kena amik ENO utk melegakan perut ! Huhuhuh..
Dulu , aku suka pergi 'open house'. Bukan untuk makan tapi cuci mata ! Hahahaha.. Dulu tu maksud aku , masa zaman bujang la.. Kot kot la kawan kawan ada kengkawan cun ke... ada adik perempuan cun kee.. leh laa berkenalan ! Maklumlah , kita ni bukan kategori kacak mana pun. Sekadar leh tengok je la.. kan kan ?
Tapi selepas berkahwin.. anak sorang...
Nak bawak anak gi rumah terbuka ni , kena pikir panjang. Dengan si anak lom boleh berfikir dengan matangnya , pasti membuatkan aku tak senang duduk ketika berada di rumah orang. Kemudian dengan ramainya orang.. nak amik makanan lagi.. akhirnya , sempat makan skit jer. Dan dapat la bertentang mata dengan tuan rumah , serta berbual dua tiga patah patah perkataan..
" Jemput la makan Ben... jangan malu malu.. ". Itu ayat wajib ! Hurmm..
Sampai satu ketika , terfikir.. aku datang ni nak jumpa tuan rumah.. berbual mesra sebab lama tak jumpa. Nak jumpa bukan mudah. Masing masing sibuk. Aku bukan nak makan sangat pon. Kalau nak makan, baik aku gi restoran jer. Selesa jer !
Bila dah ada 3 orang anak..
Nak gi 'open house' memang aku pikir panjang ! Nak bawak satu 'kompeni' ke rumah orang bukanlah sesuatu yang mudah terutama masing masing di peringkat 'lasak' ! Si kecil pulak dah pandai merangkak dan tak nak didukung sangat.. haaaa ! Berpeluh ketiak woiii !!! Kang tak pasal pasal si anak kena marah lak. Sian diorang.
Satu lagi , bab parking. Hurm... Fuh , jenuh laaaaa ! Mengharungi semua ujian ini untuk sampai ke rumah kawan , memang satu dugaan. Nanti di rumah orang , muka kita cam Hulk jer ! Nak beramah mesra pon dah takda mood !
Ni belum masuk part hati mengumpat tuan rumah ! Haaaa... Part ni memang naya la kita ! Tak pasal pasal mengumpat tuan rumah. Makanan tak sedap la.. kurang pilihan. Takda aircond la.. panas laa ! Pastu tak melayan kita la.. Layan kawan kawan yang lain je.. mentang mentang kita ni bukan kaya ! Haaa.. kan kan ? Tu bisikan hati kecil yang dirasuk dek setan dah !

Ini realiti yang aku lalui. Aku tak tau la orang lain. Mungkin diorang selesa tapi untuk aku , di kala ini.. 'open house' aku payah nak pergi melainkan dia buat khas untuk kawan kawan rapat tertentu jer.. aku jika jemputan itu 'wajib' kena gi, aku akan pergi seorang diri atau dengan wife saja.. mungkin bawak si abang yang dah boleh dengar kata.
Sekarang ni , nak gi beraya rumah orang pon aku risau.. anak anak sedang lasak. Nanti tuan rumah jeling semacam jer.. Terbaca satu artikal baru baru ni, mak bapak gak dipersalahkan bila anak anak melasak di rumah orang . Kata tak reti ajar anak ! Dah pulak. Dari sakit hati , baik tak yah gi.. Dah puas menegur. Dah puas melarang. Takkan nak angkat tangan di rumah orang lak ? Aduh.. serba salah !
Nak tak nak , tunggu anak besar dan berakal , barulah boleh buat entri baru.. 'Aku suka pergi open house dah ! " . Tapi buat masa sekarang , open house aku memang tak suka nak pergi melainkan aku gi sorang jer ! Tapi tak sampai hati lak kan ? Haihh... serba salah..

Camana dengan korang ?