Me'nate.. peminat steak mesti kenal restoran ni kan ? Haa.. buat pengetahuan korang , Me'nate Steak Hub telah berjaya meraih dua anugerah melibatkan F&B sejak diambil oleh Syarikat Palace Butcher Resources Sdn.Bhd pada tahun 2015.
Dua anugerah tersebut ialah " Malaysia International Business Award 2017 - Excellence In Western Steak House " yang dianjurkan oleh Dewa Perniagaan Melayu Selangor pada tahun 2017 manakala anugerah terkini yang diperolehi anjuran Asia Pacific Brands Foundation pada Januari 2018 yang lepas. Anugerah tersebut ialah " The Brandlaureate Best Brand in F&B - Steak House 2017-2018 ".
Makan beramai ramai gini , seronok terasa. Haahaha..

Menariknya mengenai steak di Me'nate ni ialah kualiti dagingnya yang tinggi tapi harganya jauh lebih murah berbanding dengan restoran yang seangkatan dengannya terutamanya daging Wagyu. Haaa... aku dan rakan rakan berpeluang menikmatinya ketika makan tengahari. Memang terasa laaaa kesedapannya. Dan lagi menariknya kan.. aku tak terasa masin mahupun manis. Memang cukup jeee rasanya ! Haaaa...
Makan beramai ramai gini , seronok terasa. Haahaha..
Jangan risau ! Bagi mereka yang tak minat daging , Me'nate Steak Hub turut menyediakan menu ikan , udang kara , ayam dan pelbagai makanan ringan yang lain pada harga yang berpatutan. Dan memang sedap !
Di KL , restoran Me'nate Steak Hub terdapat di Setapak , Ampang Jaya , Bandar Baru Bangi dan Shah Alam . Mereka bercadang meluaskan lagi cawangan mereka ke negeri negeri lain ! Terbaik ! Patut dicuba korang.
Sekali lagi.. tahniah dan semoga berjaya ! Restoran yang patut dicontohi.