Dalam entri aku yang lepas , yang bertajuk ' Aku dah ada Cuckoo tapi kenapa guna Coway lak ? '.. aku ada ceritakan kelebihan produk Coway. Dan selepas genap setahun menggunakan Coway aku dapati produk Coway ni... Haa ! Best ? Hurmm... Service camana lak ? Cuckoo lak camana ?
Ok... meh aku citer skit eh. Cerita aku ni berdasarkan pengalaman aku jadi pelanggan C ni. Coway ke Cuckoo ???? Eh.. tak leh cakap. Dua dua tak sponsor aku ok ! Aku bayar sendiri setiap bulan. Haa... baru best kan ? Hahahaa..
Salah satunya , telah aku jual pada orang lain. Aku guna satu je. Setelah membuat pilihan ! Dan berlaku satu isu yang tak disangka walaupun aku dah jangka akan berlaku. Nak tak nak , kena telan sendiri la.. Salah sendiri sebab takda perjanjian bertulis. Maka kesannya , pada aku jugak la. Namun ianya satu pengalaman berharga buat aku.
Ok.. gini eh.. Sebelum korang nak amik satu satu penapis air tu , korang kena tau satu perkara. Kemampuan membayarnya setiap bulan andai mengambil secara ansuran. Apa jadi jika korang tiba tiba dibuang kerja ! Nah... sesuatu yang tak dijangkakan , bukan ? Jika tak mampu membayarnya ? Atau mula tertunggak.. camana ? Apa jadi ? Apakah mesin akan diambil semula ? Atau korang akan dikejar dek pengutip hutang ala ala along ? Nah.. aku dah rasa dah. Menyesal beb ! Walaupun aku dah buat report pada syarikat terbabit , namun tindakan diambil sangatlah lembab ! Grrrr.... Sehinggalah aku cari manager besar dia , barulah masalah aku diselesaikan.
Namun... beban pada aku . Setiap bulan , tak pasal pasal aku kena bayar beratus ringgit ! Produknya , aku berpuashati cuma rasa terbeban dengan bayaran bulanan. Bukan salah produk atau syarikat. Diulangi yer.. Ni salah aku sendiri.
Ok.. Tu paling penting. Melainkan korang kaya, beli je tunai dah buat service seperti yang disyorkan. Kalau korang tanya aku.. Coway atau Cuckoo ? Jawapan aku seperti di atas.. berapa korang mampu bayar setiap bulan ? Kedua dua jenama ada air panas , suam dan sejuk. Part lain tu.. aku rasa tak penting pun sangat. Dan tanya mereka , apa jadi bila dah tamat kontrak ? Haaa... Pastu kan... pastikan agen korang tu , jenis bagus punya. Takda masalah dengan AFTER SALES SERVICE. Bukan terus hilang punya agen. Asal dah dapat jual, dahhh ! Dalam kes gini.
Faham tak ni ? Aku ulangi... sebelum beli... tengok kemampuan korang pada masa kini dan akan datang. Serta kepentingannya. Jangan tambah beban hutang bulanan..