Kementerian Kesihatan beri 6 bulan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan saman. Kiranya selepas tu , tiada maaf bagimu la yer. Cuma nak tau laa.. kalau diorang tetap merokok dengan alasan , diorang ada sehingga bulan Jun sebelum kena saman.. camana tu ? Lepas tu baru tak hisap dah ! Adeh..
Bukankah lebih baik.. laksanakan jer seperti mana laksanakan AES tu. Ada ke peringkat percubaan ? Takda pun kan ? Tau tau dapat je saman .. Ni kang , diorang dok bantai merokok . Mai penguatkuasa.. bagi amaran.. Pastu blah penguatkuasa.. hisap balik rokok ! Adeh.. letih camni !
Aku harap kerajaan dan kementerian kena betul betul serius. Bukan apa la... berdasarkan beberapa isu sebelum ni, akhirnya buat U TURN menyebabkan kerajaan hilang kredibiliti dan taring ! Dijadikan parodi atau sindiran dengan geng pembangkang. Kena tegas ! Jangan bagi muka melainkan jika rakyat sepakat menolaknya ! Haaa tu barulah amik pusing dan boleh U TURN gitu. Kerajaan prihatin namanya..
Terbaca komen... kenapa tak haramkan je rokok ni ??? Tutup kilang rokok ! Jangan kasi rokok masuk ke dalam negara kita ni ! Kan lagi bagus.. Aku mampu geleng kepala jer ! Apa punya tur laaa komen gini. Diorang tak nampak ke contoh sedia ada seperti dadah ! Dadah diharamkan tapi masih ada dalam negara ! Merempit , lumba motor haram.. tapi masih buat ! Malah lebih merbahaya gitu kan ?
Aku ada up status pasal komen tu..
" Ada yang kata.. Haramkanlah penjualan rokok.. Haramkanlah penjualan arak..
Nak tanya laaa.. Dadah dan pelacuran diharamkan. Apa jadi? Masih berleluasa kan ? Penguatkuasaan tak kuat ? Berapa punya kuat nak kasi kuat? Kena tambah man power la kan? Sapa nak byr gaji diorang lak ? Pastinya kena guna duit cukai rakyat la kan? Berapa pulak gaji nak byr ? Gaji kecik akan timbul isu rasuah lak nanti . Gaji besar korang kata keje senang tapi bergaji besar. Pastinya pekerjaan gini melibatkan keselamatan. Dah pulak kena antar kursus.. Bekal senjata api la pulak. Dah pulak kena ada elaun khas gitu.. Fuh.. Tak selesai masalah gini kan ?
Maka... Penjualan rokok yg dibenarkan adalah dari rokok yg terkawal bahan kimianya. Tidak memudaratkan berbanding yg diseludup. Aku cakap gini, sebab aku dah nampak kesan sampingan rokok seludup ni..
Arwah ayah aku perokok tegar. Berpuluh tahun hisap Dunhill.. Kemudan tukar ke jenama yg murah seperti Benson, Malboro Light.. Bila rokok makin mahal, arwah tukar ke rokok seludup. Nak berhenti, payah. Usaha mmg ada. Perlahan-lahan katanya. Cuma tersilap langkah. Amik rokok seludup. Dia dapat kanser lidah. Dan ianya satu penyesalan buat dia. Tapi dah terlambat. 4 tahun menderita dan akhirnya...
Janganlah cakap kasi tutup terus kilang rokok atau haramkan saja penjualannya. Pastinya perokok akan mencari alternatif dan rokok seludup aka rokok haram ni pastinya jadi pilihan.
Ada yang kata.. Kerajaan rugi sebab tak dapat cukai. Takda duit. Memang laaaaaa cukai dari rokok tu penting. Nak ubat pesakit yg berpunca dari rokok nak guna duit dr mana??? Duit cukai rokok ni la. Kembali kepada perokok. Tak pernah terfikir ke Institut Kanser Negara tu nak dapat dana dari mana ? Korang hisap rokok..korang sakit.. Yg hidu pun dapat sakit. Dah sakit, nak gi jumpa doktor.. Bil perubatan swasta mahal nak oiii.. Gi klinik kerajaan... Murah kan? Memang laa murah sbb dr duit cukai gak. Bygkan jika tiada duit cukai..
Nak merokok... Merokoklah. Tp mau bijak la skit. Hormat juga la. Tak payah nak tunjuk besar kepala. Orang yg tak merokok ni sbn dia nak jaga kesihatan. Bukanlah sbb takut mati. Semua org mati.. Tp camana nak mati tu, kita ada pilihan. Mati sebab penyakit ke... Sbb kejadian alam ke... Tu hak Allah. Tp yg kita nak elak kan ialah mati sebab penyakit yg boleh kita elakkan seperti berpunca dr rokok dan sebagainya.
Kita jgn sombong. Satu hari nanti.. Kita ada anak cucu. ".
Persoalan.. apakah undang-undang ini mampu bertahan lama ? Namun aku tetap berterima kasih kepada kerajaan kerana prihatin mengenai nasib kami yang tidak merokok ni.
Hurmm.. harap segera laksanakan juga..