" Ben, you sudah cuba Nasi Manggey Mek Sari di Sunway Mentari tu ? " tanya kawan aku. Sejujurnya, Subang , Shah Alam , Petaling Jaya dan kawasan seangkatannya di sana , aku tak gemar nak pergi. Menakutkan !
Tapi !! Tapi bila ada kawan yang aku percaya rekemen tempat makan menarik dan berbaloi untuk diterokai, aku rasa aku patut cuba ! Mana tau memang sedap kan ? Boleh aku ceritakan dalam blog. Ada gak intipati menarik untuk blog aku gak kan ?
Dia punya hantar gambar melalui whatsapp kepada aku. Menarik ! Ramai pelanggan walaupun baru buka beberapa minggu je.
Ok.. hari ni, dek kerana wife aku pun terpaksa cuti kerana Zahra demam dengan tiba-tiba.. maka aku ajak la semua makan tengahari kat sana ! Kena pergi sebelum waktu tengahari. Takut ramai orang !!! Huhuhu.. Gi makan je pastu balik la. Diorang pun ajak keluar. Boring duduk rumah.
Dari Sepang nak ke Sunway Mentari , cuma amik masa dalam 50 minit jer. Guna Waze dan search Nasi Manggey Mek Sari. Bertolak dalam jam 11.45 macam tu. Sampai dan dapat parking berhampiran restoran , dalam jam 12.50. Parking kena bayar yer. Guna kupon. Bagus parking kena bayar. Banyak tempat boleh parking. Rakyat Malaysia suka parking free.. Hehehe.. Jangan kecam lak ! Betul la kan ? Haa..
Original Terangganu mari ! Bukan aku tapi restoran ni haa !
Masuk dan order..
Nasi Manggey 4 , keropok keping , keropok lekor , air kepala dan macam macam lagi ! Huhuh...Menyelerakan la pulak bila aku tengok pelanggan lain dalam restoran ni makan dengan begitu berselera. Huhuh..
Ok.. ni tips.. layan nasi manggey bersama air kelapa. Pastu sambal belacan kasi banyak ! Pedas pedas tapi sedap kau ! Hahaha... Oh ya , keropok lekor dia lembut ! Tak liat ! Sedap je makan. Hehe.. nasib baik aku dah mula jaga makan ! Kalau takkkkk.. kalau takkk...
Tandas bersih !
Amacam ? Tergoda kan ?? Aku sendiri pun tapau bawak balik. Orang kata kalau makanan yang kita tapau tu sedap makan di rumah , maka memang sedap la makanan kat situ ! Hahahha.. orang kata laaa.. aku pun nak try gak.
Ok ok... nak pergi ? Kat mana ? Alamat ? Terliur dah la tu. Hahaha.. Ok ok, aku kasi infomasi berkenaan Nasi Manggey Mek Sari ni eh.. Tadi kerap tersasul Siti. Hahaha.. Nasib bini tak tanya.. Siti manaaaa ! Lalalaaa..
Berapa bintang ? Entah la.. aku makan sampai meleleh air hidung ! Hahaha.. Sedap sangat la tuuu!
Alamat : 27, Jalan PJS 8/18 Sunway Mentari , Petaling Jaya, Malaysia
No tel : 011-1788 4017
Facebook : https://www.facebook.com/TerengganuMEKSARI/
Masa perniagaan : 11 pagi - 11 malam