Kawan Atau Lawan ..

Bila melihat kemungkaran di depan mata yang mana dilakukan oleh kawan rapat kita sendiri , adakah patut kita diamkan diri atau tegur ?

Kebelakangan ini aku lihat ramai begitu ... mereka takut nak menegur disebabkan dek diikat oleh tali persahabatan .. Jika menegur , silap silap putus kawan .. kalau tak tegur, dosa menanti ... Ramai sanggup pikul dosa dari hilang kawan ..

Bukan tak nak tegur ,tapi harap satu hari nanti diorg akan berubah sendiri... Erk.. camana diorg nak berubah sendiri kalau takde orang nak tegur ? Apa guna seorang kawan jika membiarkan sahabatnya sendiri bergelumang dengan dosa ? Adakah itu namanya sahabat? Kalau tak nak tegur , aku rasa perli skit skit bagi terasa dah.. kalau dia tak reti nak faham gak , kena bagi faham ...

Kawan semasa gembira ramai ... Bila menangis ? Cari kawankah ? Mmg akan cari kawan .. kawan masa ni akan nasihatkan , sabar je la ..sabar je la ... berapa ramai akan berkorban pada masa ni ? Skit je ... selebihnya , " aku tengah bz ni.. nanti aku call balik .."

Aku ada satu nasihat ... TRUST NO ONE ... KAWAN BAIK ANDA ADALAH MUSUH PALING KETAT ... Berkawan je dengan sapa sapa ... Saling ingat mengingati antara satu sama lain ... Dan yang paling penting , bersahabatlah kerana ALLAH ... Lebih nikmat rasanya ..



Oh kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi umat semesta

-petikan dari lagu kawan (UNIC)

8 ulasan:

  1. kawan..selagi kawan tak makan kawan..

    BalasPadam
  2. ya betul,saya setuju dgn statement kawan baik adalah musuh paling ketat.

    BalasPadam
  3. grrrr.... mcm memerli seseorang jer ni...

    Ben, ko perli aku ke?Hahahhahaha...

    Btw, aku suka betul la entri2 ko sejak-sejak akhir ni.Sebab dalam ayat-ayat ko tu, ada maksud-maksud yang tersirat yang boleh aku suratkan sendiri...

    BalasPadam
  4. memang betul nak kawan masa senang dah susah

    Jom Tiger Show

    BalasPadam
  5. silap tegur putus kawan.klu x tegur makin teruk...

    itu juga delima seorang kawan...

    BalasPadam
  6. Saya setuju dgn Ben..pada saya semua yang ikhlas itu lah sahabat..tapi saya sendiri tidak boleh menjamin untuk menjadi sorang sahabat yang terbaik....kelemahan ada di mana2...

    BalasPadam
  7. ak tgur je..biar la putus kwn pon x kesah..rmai lg kwn yg baik kt luar sna tu..ak pnh tgur sorg kwn ak yg bw lelaki yg bkn muhrim msuk dlm umah sewa..ak tgur n then lps tu tros dia mem blah kn dirinya..smpi skrg x tgur..ah lantak r..ko bt dosa x kn ak nk tgok je..ak x nk tlibt sma weiii..

    BalasPadam
  8. Elok tegur je per x baik...dpd kita memendam rasa.....tiba2 dpt plak dosa..sbb seolah2 mengata dlm diam...kdg 2 nak tegur per baik mmg pahit....tp yg pahit itulh ubat...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.