SKMM Terima 101 Aduan Berkaitan Laman Web
SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima 101 aduan berhubung kandungan laman web atau blog mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata 58 aduan adalah bagi kandungan lucah manakala 43 aduan bagi kandungan mengancam termasuk laman web dan blog yang menghina Sultan.
Aduan yang diterima SKMM itu adalah bagi tempoh Januari hingga 23 Februari lalu. Daripada jumlah ini, 15 kes aduan sedang disiasat mengikut Seksyen 211 dan 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) manakala 63 kes disiasat kerana kesalahan melanggar pelbagai akta.
Rais berkata, terdapat enam kes pendakwaan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung pelbagai kesalahan berkaitan dengan kandungan laman web atau blog.
Menjawab soalan tambahan Ismail, Rais berkata, kementerian bersama agensi penguat kuasa turut menjalankan tugasan mereka mengikut Akta Multimedia dan Komunikasi.
disunting dari BERITA HARIAN..
Untuk buat aduan ...
seterusnya , g balai polis ...
Lagi berita ....
KUALA LUMPUR 28 April - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menerima 165 aduan dalam tempoh Januari hingga Mac tahun ini berhubung kandungan laman web atau blog yang melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, daripada jumlah tersebut, 90 aduan adalah bagi kandungan lucah, 72 kandungan bersifat mengancam atau jelik dan tiga aduan bagi kandungan berunsur palsu.
"Bagi kandungan bersifat lucah, tindakan siasatan dan sekatan akan dilakukan.
"Selain itu, laporan penyalahgunaan juga akan dihantar kepada moderator laman-laman web sosial seperti Facebook, blogspot dan YouTube,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Zaitun Mat di Dewan Negara hari ini yang bertanyakan jumlah aduan yang diterima SKMM berhubung kandungan laman web atau blog mengikut AKM 1998.
Joseph berkata, bagi kandungan bersifat mengancam dan jelik serta kandungan palsu pula, nasihat dan amaran akan dikenakan oleh SKMM kepada pemilik laman-laman berkenaan.
Jelasnya, sekiranya cukup bukti bagi mensabitkan kesalahan, pendakwaan boleh dikenakan terhadap pihak berkenaan.
Menjawab soalan tambahan Fatimah Hamat yang ingin tahu langkah kerajaan dalam menangani laman web lucah yang mudah dilayari di kafe siber, Joseph Salang berkata, SKMM setakat ini telah menutup serta-merta 81 laman web yang didapati menerapkan unsur lucah seperti menyediakan video aksi lucah dan perkongsian cerita lucah dengan teman berbual. - Bernama
Perundangan_Malaysia
Perundingan Malaysia tidak membezakan penulis blog umum dengan penulis terbitan umum yang biasa, dengan itu blog dianggap satu penerbit sama seperti percetakan biasa. Oleh itu pemilik/penulis blog tertakluk dengan perundangan sama. Di antara akta-akta yang meliputi aktiviti blog termasuk seperti berikut:-
- Akta Hasutan 1948 - Seksyen 2 akta itu mengatakan setiap perbuatan, ucapan, perkataan atau penerbitan adalah menghasut sekiranya ia mempunyai ‘kecenderungan menghasut’.
- Akta Fitnah 1975
- Akta Rahsia Rasmi 1972
- Akta Iklan Lucah 1953
- Akta Perihal Dagangan 1972 - Akta ini melarang iklan palsu dan mengelirukan mengenai barang, harga, perkhidmatan, penginapan atau kemudahan ditawarkan dalam perniagaan dan perdagangan.
- Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Media 1998
- Akta Hakcipta 1987
- Akta Kesalahan Komputer 1997
p/s : setakat ni , aku dh kumpul beberapa bukti ada blog print screen blog aku ... simpan dulu.. ancaman pun ada... pasal kerja kat mana ... privacy ..
10 comments
simpan ben, untuk mempertahankan diri masa akan datang nanti..
BalasPadamBuat apa yang anda fikir terbaik..mungkin berguna pada masa akan datang....
BalasPadambila menulis tu kena lah berhati2..
BalasPadam45 000 Kakitangan Awam Tipu Sijil Cuti Sakit ?
hehehhe play safe ... tuk keselamatan gak
BalasPadamsib baik x tergolong
BalasPadambagus!entry yg basus,,ops,semuanya bagus insyaAllah~
BalasPadampasal kes tu...yg penting niat menulis kena baik...kan?
Bagus lah Ben..akak pun baru la terbuka mata dan minda ttg krisis blog dan segala yang berkaitan dengannyaa..macam ala-ala krisis keamanan pulak ek...Takut pulak akak...janganlah terbakar pulak dapur akak tuh..hehee
BalasPadamHaah! Nak repot 1 blog lucah la skrg. Dah lama dah bengang blog tuh xde siapa nak sekat.
BalasPadamgreat info abg ben..thanks! ^_^
BalasPadamSalam Ben, Boleh tak saya nak share entri di blog saya...
BalasPadam