Menarik Di DRMAZA Hari Ini

by - Sabtu, Mei 29, 2010

ULAMA UMNO BAKAR KAPAL

Saya bukan orang politik. Bukan aktivis mana-mana parti. Saya seorang rakyat yang memerhati perkembangan pemikiran Islam dalam negara ini. Artikel ini akan menyebut istilah ulama UMNO atau ulama pro-UMNO. Walaupun istilah ini umum, namun saya mengecualikan mereka yang ikhlas dan tidak bersikap seperti yang disebutkan nanti.

Saya tidak faham mengapakah Umno kebelakangan ini suka berkeras mengambil pandangan-pandangan agama yang bersifat perkauman dan amat konservatif.

Dulu mereka lebelkan PAS demikian. Namun hari ini apabila PAS mula membuka ufuknya, melihat Islam dalam kerangka yang lebih luas, Umno pula yang cuba kembali ke zaman ortodoks tersebut.

Baca selanjutnya…

HUKUM ULAMA MEMBISU DARI KEMUNGKARAN

Soalan: Yang saya kasihi Dr Asri, maaf, saya tidak puas hati dengan sebahagian yang bergelar ulama dalam masyarakat kita. Ramai yang mendapat jawatan dan gaji yang besar, tapi membiarkan berbagai kemungkaran berlaku. Mereka tidak berani dengan pihak yang melantik dan bayar gaji mereka. Bagi saya, mereka tidak buat tugas. Mereka memilih-milih isu untuk bercakap. Maaf kalau saya kata jaga periuk nasi. Apakah kerana mereka ulama, mereka tetap tinggi di sisi Allah? Sedangkan Nabi bersabda: “Orang yang diam dari bercakap benar adalah syaitan bisu”. Harap Dr Asri dapat ulas.


Jawapan Dr MAZA:

Terima kasih atas soalan dan keprihatinan saudara terhadap barah yang menimpa umat Islam dalam masyarakat. Hakikatnya, bukan sahaja golongan ulama, tetapi setiap individu muslim wajib menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran. Namun, bagi golongan ulama mereka mempunyai amanah yang lebih berat. Ini kerana ilmu yang ada pada mereka sepatutnya menjadikan mereka lebih ke hadapan dalam membela agama Allah. Soalan saudara saya ulas seperti berikut:

Baca selanjutnya…

You May Also Like

2 comments

  1. Maaf ya tuan blog kerana komen saya ini tidak ada kena mengena dengan entri anda.

    Sebenarnya saya tercari-cari siapakah Ben Ashaari yang A-Y-I-E katakan pada saya sebelum ini.Rupa-rupanya andalah yang menjadi sifu kepada ayie.

    Salam perkenalan dari saya kepada anda.Jikalau tidak membebankan anda, saya harap anda dapatlah singgah sebentar di blog saya

    http://aidizz.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. salam,bernas pendapat Dr Maza pasal ulama pro-uMNO....apepun kalau diperhatikan media lah yang memainkan peranan yang TERBESAR memanipulasi keadaan dan kenyataan seseorang meskipun mereka tidak berniat sedemikian.....terutamanya ucapan agamawan...

    BalasPadam