Salah Siapa Kita Kalah??

by - Isnin, Mei 17, 2010

Mungkin cerita dah basi .. Tapi bila aku fikir fikirkan semula .. selepas aku tengok berita semalam .. PM arahkan satu kajian dilakukan dengan segera bagi mencari masalah dan punca ketewasan pasukan badminton negara dalam Piala Thomas yang lepas ...

Ini cuma pandangan aku yer ... Aku rasa kekalahan skuad badminton negara adalah berpunca dari media massa... tak kira la media elektronik atau media cetak .. Kenapa aku letakkan mereka punca utama kekalahan mereka ?

Bila pasukan kita menang..tak kira bola sepak atau apa saja sukan , mereka inilah no 1 akan memuji melambung lambung ... Sapakah yang memuji mereka ? Orang ramai atau penulis itu sendiri ? Mereka akan menemuramah beberapa orang dan terus membuat kesimpulan .. Ya Kita Gembira !! Kita telah tewaskan mereka !! Secara tidak langsung , pemain akan timbul rasa bangga dan bertambah semangat ... Hilang terus perasaan rendah diri.. Sebab mereka mula yakin tewaskan mana mana pasukan ... Bagus.. ini mmg penting ..

Tetapi , biasanya siapakah yang akan dipuji lebih ?? Bagi bolasepak , yang akan dipuji ialah penjaring gol dan juga penjaga gol sekiranya berjaya menjaga benteng terakhir dengan baik .. Bagaimana pula dengan pemain lain ? Adakah mereka tidak layak mendapat pujian ??

Aku amik contoh kejayaan tempoh hari .. Malaysia Tewaskan Denmark ... Sapakah yang mendapat pujian ?? Pemain terakhir yang mendapatkan mata kemenangan .. Betul ?? Bagaimana pula dengan pemain yang kalah ? Kenapa mereka tidak digelar sebagai wira juga ? Kenapa dijulang seorang saja dan seterusnya nama pasukan .. Kenapa disebut nama seorang saja ? Bayangkan perasaan pemain lain .. Adakah mereka tidak berjuang ?

Bila tewas sesebuah pasukan tu .. semua kena !! Semua dipersalahkan .. Lebih lagi yang membuat kesilapan .. Berbagai bagai kata cacian yang keluar terhadap dia .. malah selepas ni kalau jumpa kat mana mana pun , sah sah kena jeling ... Padahal dulu diorng ni pernah menang piala berprestij .. Tapi hilang dalam ingatan sebab satu kekalahan ..

Bila pujian melambung , maka timbul rasa tidak puashati pada pemain lain .. kenapa dia je .. yang lain pun berjuang ... Sedikit sebanyak patah semangat weh !! Jangan lupa , 1 MALAYSIA .. bila berjaya BERI KREDIT PADA SEMUA SEKALI ..bukannya HAFIZ WIRA NEGARA ..sapa yang kutip 2 mata pertama tu ? Mereka bukan wirakah ??? Yang kalah setelah berjuang habis habisan , bukan wira negarakah ? Seperti tentera ... Yang mati itu wira .. yang hidup itu pun wira ... Mereka yang berjuang itulah wira ...

Sapa yang melabelkan mereka ini wira .. mereka itu wira ??? Bukankah media massa ?? Penulis dan juga pengulas gemar membuat ulasan atau menulis mengikut pandangan peribadi .. Bagi aku walaupun mereka ini profesional tetapi masih lagi amatur ...

Dalam sukan berpasukan , setiap kejayaan patut dikreditkan pada semua pihak !! Tiada hero individu !

Sekian saja pandangan aku .. Tak puas hati ?? Tulis entri sendiri... tak yah bebel kat aku ... lalalala

You May Also Like

12 comments

  1. pasukan Malaysia kalah kerana tekanan yang terlalu tinggi diletakkan pada pemain
    sdangkan kekuatan pasukan malaysia tak seimbang
    pemin juga kurang xergas dan bersemangat berbanding pasukan China
    pasukan China memang lebih cergas dan tangkas buat masa skrg

    BalasPadam
  2. stuju....
    keje sbgai 1 team..
    so dpt nma pon satu team!

    BalasPadam
  3. agree with u..Hans also tul cakp ko tu... lg 1 pemain China cergas sbb mereka x diberi tekanan, kita lihat Chong Wei dia seakan di push semua games dia masuk xde masa rehat lgsg...

    BalasPadam
  4. tak marah malaysia kalah...cuma kita perlu lebih cergas lagi .

    BalasPadam
  5. Nak bebel gak kat brader ben..haha..
    Sumenye pasal malaysia kejar Ranking je. Piala terbuka kat negara mane2 diorg hantar pemain same je. kalo China diorg hantar pelapis. Tak heran sgt stakat ranking2 ni. Asalkan thomas cup dalam tgn.

    Kalo pemain Malaysia ni kluar utk setiap pertandingan, negara lain senang la nak analisis movement diorg. pasal tu kalo perasan China kalahkan pemain Malaysia trick same je. smash dibalas ke langit sume.

    Kesimpulannya, Malaysia takyah kejar sgt ranking2 ni. Hantar je pelapis mcm China buat.

    kan dah terbebel kat sini. larikkkk... =p

    BalasPadam
  6. yes betul..minda rakyat malaysia perlu diubah..dan media perlu bersikap lebih adil dalam memberi info kepada pembaca..

    BalasPadam
  7. kat mana2 pun ada tekanan so rasanya itu x boleh jadikan alasan, sebab mesti semua player tu dah puas ditunjuk ajar cara nak mengatasi atau mengurangkan tekanan tu...

    BalasPadam
  8. yup setuju.. persoalan ini lah arituh mie ajukan pada hubby.. kenapa plak wira negara hafiz sorang.. patut semua la kelima lima org.. then hubbu cakap sebab dia main last..

    patut tak leh la mcm tuh kan... emmmm

    n masa arituh lawan denmark kiter kalah.. hentam sikit nyer baik.. siap terkena tekanan perasaan lagik sorang pemain...

    bila menang esok nya pujuian melambung..

    mentaliti org kita masih tidak terbuka lagi bab bab begini... jauh lagik utk sampai ke peringkat uyg tinggi mentaliti itu... mmm

    BalasPadam
  9. Good point en ben.. media massa sekarang melaporkan dari segi apa yg mereka nak tulis, bukan nak menulis dalam keseimbangan...

    kalah menang mereka telah lakukan yg terbaik, siapa nak kalah dlm pertandingan kan...

    BalasPadam
  10. isi entri kali ni memang sama pendapat dengan saya. bila hafiz menang haritu, memang nama hafiz yang naik di surat khabar sbgai tajuk utama. Rasa macam pelik jugak. org lain pun semua puji2 hafiz, yup mayb sebab cara dia main lain dari waktu kalah. Tapi org lain pun main ok jugak..hehe..

    BalasPadam
  11. Yang paling tak puas hati apabila dah kalah, ramai yang sembunyi.takut.Berani tanggung la kan.Sama-sama kerjasama perbaiki lagi. Bukan thomas cup je yang ada. Satu cadangan aku, swastakan saja pengurusan sukan di Malaysia. Orang politik nie nak glamer je, bila dah jatuh mula la lari pastu pengurusan sukan terabai.Tgk lah pengurusan bola sepak perak, perlis, pulau pinang. Tgk saja hoki. Dulu hoki bukan main lagi gah tapi sekarang. Sepak takraw pun macam tue jugak

    BalasPadam
  12. Stuju en.ben! Mentliti rkyt Malaysia skrg sngt smpt! Pmnt2 sukan dah boleh agk tjuk brite yg bkl kelua keesoknnya kt paper sma ada team Malaysia menang or kalah kan?? Oh sad!!

    BalasPadam