Jangan ego sangat wahai suami ..

by - Rabu, Jun 13, 2012

 

Mula mula masa wife cadangkan aku untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan pemeriksaan kesuburan , aku amatlah malas.. Aku spesis malas jumpa doktor .. Nak tunggu tuuu tu yang buat malas bebenor ..

Tapi mengenangkan wife asyik bermuram durja jer , aku pon ok je laa .. Letih nak tengok mula welfare dia setiap malam dan kesayun dia bila bercerita mengenai teman teman yang dah dpt baby ..

Pada mulanya dia sangka aku tak nak kerana ego atau takut  akulah puncanya .. Mana tau aku tak subur kan ? Tapi bukan itu alasan aku.. Aku yang ada darah tinggi ni pon malas nak dptkan rawatan kecuali nak MC je baru aku g jumpa doktor ..

Dan bila dah check , punca bukan dari aku atau dia . Cuma masalah kecil dan berjaya diatasi dengan sedikit pembedahan ke atas isteri .. Syukur , alhamdulillah segalanya selamat dan muncullah Qhaliff..

Ada aku dengar cerita dari rakan yang mana , suami mereka tak nak pergi jumpa doktor. Beria diorang taknak .. Alasan mereka , mereka takda masalah jadi tak perlu pergi. Akhirnya , si isteri laa jadi mangsa. Merekalah yang berusaha pergi berurut , g mandi bunga laa .. atau nak lagi best , ada siap ke Bali atau Tasik Dayang Bunting untuk ‘ambik berkat’ !! Haishhh .. sampai gitu sekali ..

Perlukah ego lelaki sampai ke tahap ini ?? Kalau ada masalah sekali pon, ubatilah .. sama sama susah senang. Andai si isteri meletakkan punca tkde zuriat kerana si suami mandul , berbincanglah secara baik atau jumpa pakar .. Zaman ni , segala tiada mustahil lagi.. Lelaki pon dah bizi nak mengandung walaupun itu dah mengarut la sangat !

Tak perlu ego laa .. Usaha tangga kejayaan. Secara tidak langsng , kasih sayang bertambah erat bila masing masing tolong menolong dan saling berbincang mencari penyelesaian masalah ..

You May Also Like

12 comments

  1. susah nak pujuk untuk buat pemeriksaan. T__T

    BalasPadam
  2. lelaki amat malu bile di gelar sebagai mandul... tapi klu nak zuriat, buang sume tu jauh2... kebahagian lebih penting dari malu... hehehehe

    BalasPadam
  3. sokong 100%..

    suami pun x perlu ego dlm rumahtangga..

    BalasPadam
  4. tebaik bro. saya dan wife tak de masalah. sebab baru dekat 2 lebih kawin, wife saya dah mengandung 1 bulan lebih. Alhamdulillah.

    From,

    Nasz

    MOHD NASER.COM

    BalasPadam
  5. mungkin saya jarang mengiyakan penulisan2 saudara,

    tapi kali ni memang saya bersetuju benar dgn pandangan dan nasihat saudara yang diberikan.

    terima kasih. moga saudara dan keluarga dikurniakan rahmat yg berpanjangan. insyaAllah~

    :)

    BalasPadam
  6. ayo!
    nak ego buat apa ntah..
    pg je la kan?

    BalasPadam
  7. Kalau semua orang lelaki macam saudara, Insyaallah aman dunia ni...masalahnya masih ramai yang mempunyai sikap ego yang tinggi yang tak boleh dibuang.
    Semoga saudara sekeluarga diberkati rahmat dan bahagia hingga ke anak cucu...

    BalasPadam
  8. itulah kan... kalau nak anak same²lah berusaha.. berusaha tangga kejayaan.. setiap dugaan ade hikmahnya...

    BalasPadam
  9. alhamdulillah..husband saya memberi kerjasama bila saya cadangkan kami buat rawatan kesuburan di hospital..w/pun kami belum berjaya lagi tetapi husband hanya mengikut je..tiada bangkangan..

    BalasPadam
  10. betul tu.. tak perlu ego kalau nak buat pemeriksaan benda2 yang macam ni kan..utk kebaikan rumahtangga bersama juga kan..

    BalasPadam
  11. kesian kat orang perempuan yg selalu menjadi mangsa keadaan..

    BalasPadam
  12. Pening pale dengar laki camtu.Nak sama2 bahagia sama2 senag susah! Huu

    BalasPadam