Serius , aku tak faham !

by - Rabu, Jun 13, 2012

 

Takde duit tapi berjudi ! Nak tambah pendapatan tapi dengan berjudi ! Dapat gaji , pastu g berjudi untuk gandakan .. G cari hantu , pastu mintak nombor !

Haihh .. Kalau yang lakukan ni bukan orang Islam , tak pe la gak . Tapi setahu aku , agama lain pon melarang penganutnya berjudi. Tapi kenapa ramai yang pilih jalan camni eh ?

Di Harian Metro pagi ni ,

Semuanya bermula selepas saya ketagih bermain mesin judi di kafe siber pertengahan tahun lalu. Awalnya, saya menang beberapa kali, tetapi selepas itu tak ada ‘tuah’ menyebabkan saya mengeluarkan wang simpanan. “

Dan akhirnya dia ditipu oleh kenalannya yang bergelar Haji ! Camana tu ? Yang berjudi ni lak bukanlah budak baru cerai susu tapi bekas tentera .. Haaaihhh …

Kadang-kadang aku mmg nak pertikaikan ketelusan bab penguatkuasaan ni terutama melibatkan mesin judi .. Yelah , ada satu tempat ni , balai polis bergerak ada kat situ dan menariknya tak sampai beberapa langkah , ada cyber cafe yang ada mesin judi .. Serius , mmg ramai dok keluar masuk ‘berjual beli saham dunia dan akhirat ‘ kat situ ..

Dan , ramai gak la kawan aku terlibat sama nak kaya dengan cepat tapi garu kepala selepas tu terutama bila dpat gaji .. Bila menang , happy giler tapi terlupa berapa banyak sebenarnya mereka dah rugi ..

Biarlah sedikit , asalkan berkat ..

You May Also Like

5 comments

  1. duit yg diorang menang tu cepat habis...maklum ler duit panas.. tapi bodoh sangat la, perjudikan duit simpanan kita ats sesuatu yg blom tentu lg menang.. haish... ibarat yg dikejar x dapat, yg dikendong plak berciciran... fuhh.... mintak2 btol la peribahasa dr red Apple pepagi nie... :D

    selamat pagi abg Ben

    BalasPadam
  2. manusia nak sangat cepat kaya tanpa perlu berusaha..alih2 guna cara yang salah..akhirnya diri yang merana

    BalasPadam
  3. Betul2x tak paham dengan sikap org melayu yg tahu halal haram nih

    BalasPadam
  4. tempat perjudian sebegini memang semakin banyak. tak dpt disangkal lagi.

    From,

    Nasz

    MOHD NASER.COM

    BalasPadam
  5. sebab duit nak kaya cepat manusia ni kadang2 sanggup buat ape saja... semua nak sort cut n jln pintas.. inilah akibatnya..

    BalasPadam