Setelah jam 2 petang ..

by - Isnin, Jun 04, 2012

 

Ramai mengeluh tadi . Masa tu mmg 1Malaysia sungguh la.. Yang India , Cina dan Melayu masing masing mengeluh sbb kena tunggu kat luar , kepanasan .. Rujuk entri  Apakah alasan mereka ?

Sepatutnya , bahagian depan tu bukalah untuk ruangan menunggu dalam setengah jam ke gitu .. Mesti ada cara punya atau buat je syif .. Mesti boleh punya .. Mahu atau tidak je.. Jangan kata tak boleh sbb aku sendiri pon dulu keje kerajaan yang mana kaunter tetap dibuka pada waktu rehat sekali pon kerana belum tentu semua orang dapat datang pada waktu pejabat .. Memang la lain lain bidang tapi inisiatif perlu ada .. Jangan terus kata MAAF , KAMI TAK DAPAT LAKUKAN …

Bagi yang dok pk aku buat isu panas ni cuma baca betul betul .. Ini adalah komplen dari seorang rakyat yang menggunakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan . Jika tiada komplen , bagaimana penambahbaikan dapat dilakukan kan ?

Ok , yang ni aku tau takde kaitan dengan nurse mahupun doktor . Ini adalah pentadbiran . Jadi pandai pandai la ..

Selepas jam 2 petang , semua berpusu pusu masuk dan berebut tiket untuk dapatkan yang terawal. Ada gak spesis tak reti bahasa dengan main potong je orang yang sedang beratur .. Kena dah sound gitu.. Heheh ..

 

Aku ke sana dengan wife adalah untuk mendapatkan suntikan kali ke dua untuk Qhaliff .. Alhamdulillah , layanan nurse sangatlah ramah dan mesra .. Senyuman senantiasa di bibir mereka yang bertugas melayan pesakit ..

Qhaliff siap pancut lagi kat nurse sewaktu nak timang berat dan ukur tinggi dia  ! Tapi nurse cool jer ..  Berat Qhaliff tak banyak naik tapi ketinggian dia , mmg naik mendadak !! Skang tinggi / panjang dia dah 62.5 dengan berat dia 5.7kg .. Alhamdulillah ..

Kena cucuk , dia tak nangis teriak mana pon.. Bagi susu , diam terus .. Pastu tidur .. Aku rasa dia ngantuk betul tu sbb malam tadi tak dapat lena sangat sbb panas ..

Dalam kul 3 lebih ,segalanya selesai .. Leganyaa .. Cuma tak jumpa lagi air cooler sebab dah takde stok kat sini .. Huhuh ..

Oh ya , jangan ingat semua perkara isu panas .. Bukan tak nak email terus pada pihak berwajib tapi dengan cara ini , kita dapat lihat berapa ramai ‘senasib’ dengan kita . Dan dengan cara ni gak , tindakan dapat dilakukan jika ada pihak yang senantiasa mengambil berat masalah rakyat yang disalurkan di internet .. Takkan nak panggil ADUAN RAKYAT kot kan ? Mau turun menteri nanti .. huhu ..

Terima kasih jururawat dan doktor di Klinik Presint 9 ..

You May Also Like

5 comments

  1. bile kite jadikan isu, jawapan standard ialah " Alah,, biasalah org kerajaan"... huhuhuhu mmg menyakitkan hati la

    BalasPadam
  2. entri dibuat bukan isu panas. just untuk dapatkan ramai pendapat yang senasib dengan kite. tu je :)

    BalasPadam
  3. Apsal nampak baju Qhaliff macam besar jerk....

    BalasPadam
  4. Qhaliff anak lelaki x nanges kena suntik ye ...comel!

    BalasPadam
  5. salam, abg ben, air cooler kat houz depot kat pelangi damansara ada byk. portable aircond pun ada. tp cam jauh pulak dr putrajaya kan semata-mata nak beli air cooler;-)

    BalasPadam