Dapur Tanpa Sempadan...

Sabtu, 16 Januari 2016

Sedap ke Angklung Patin House, Bangi ?


Ceritanya begini.. Baru baru ni aku ke Angklung Patin House yang terletak di Bandar Baru Bangi. Waze nama restoran ni, confirm jumpa ! Aku gi makan sana dengan wife aku. Sebagai pelanggan berbayar yer. Jangan ingat blogger keje nak makan free jer !  Huhhh... 

Sampai di sana.. orang dah mula kurang. Rasanya dah jam 1.30 petang. Lauk pun tak banyak yang tinggal. Sempat amik mana yang ada jer la.. Tujuan utama , nak rasa patin ! Terliur dah masa dok baca status seorang rakan di Facebook. 

Masuk masuk je , terus disapa dan dilayan dengan baik.. Alhamdulillah.. Camana pulak dengan makanan ? 



Sedapkah ? 


Macam aku kata tadi , masa aku gi sana.. lauk banyak dah abis ! Maka yang tinggal hanyalah bahagian bahagian kecik.. Ikan patin ,segar. Cuma kuahnya tidak menepati selera tekak aku. Mungkin dah kurang kot kuah ? Ramai datang kan ?  Manakala asam pedas , tip top ! Aku suka.. heheheheh.. 

Ada wife amik sayur cendawan dan sambal belacan. Fuh.. ni sedap ! Nampaknya aku kena repeat ke sini sekali lagi ! Kena gi sewaktu dia buka lagi.. yakni jam 10 pagi ! Haa.. Jam 1030 aku dah kena makan.. hahahha..

Harga ? Hurmm...ikan dua jenis di atas.. sayur dan sambal belacan.. Air dua cawan.. Dalam RM33 rasanya.. Mahal ke murah ? Bagi aku , ok ok dah.. Maklumlah , ikan segar.. Tempat pon selesa.. Tak de la sampai aku berpeluh walaupun takde aircond.. 

Yup.. aku kena repeat sekali lagi ke tempat ni. Banyak aku tak sempat rasa lagi.. 

2 komen :

Hami Asraff berkata... [Reply to comment]

Belum pernah mencuba walaupun duduk Bangi.

Kak Sue berkata... [Reply to comment]

Sedapnya ikan patin...

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI