Dapur Tanpa Sempadan...

Jumaat, 1 Januari 2016

Staff Timberland Putrajaya bekerja keras !


Azam baru tahun ni ! Nak bekerja keras memandangkan aku dah nekad nak hantar Qhaliff ke taska. Duit aku beli mainan dia tu , sama je harga dia g kelas bulanan. Baik hantar dia ke kelas kan ? Bukan lama pon.. 8 pagi ke 12 tengahari je pon..kan kan ? 

Antara yang aku beli baru ialah dompet ! Heheheheh.. Buruk dah dompet aku. Nak buka depan orang pon segan terutama bila nak bagi bisnis kad.. hehehe.. Segan okk ! Buruk nauuu.... 

Pilihan aku.. Timberland ! Lama dah aku nak ada dompet Timberland. Tak mampu nak beli ketika tu. Beli je la waktu jualan murah kan ? Maka aku pergi je ke Timberland Alamanda.. Sampai sana , terus aku pilih dan pilih. Banyak pilihan ada dan aku jumpa apa yang aku nak..

Lepas bayar , aku terus keluar. Dok dengar Zahra menangis.. Boleh dikatakan agak kelam kabut skit la hari ni.. Segalanya nak cepat ! Qhaliff asyik nak mainan.. Zahra nak berlari sana sini. Wife lak , dok teringin nak beli sesuatu.. Dengan tak makan lagi ! Huhuh.. 

Selesai part aku.. Jom makan ! Pilihan.. nak makan nasi kata wife ! Ok je la... Turun ke restoran berhampiran.. Sedang menunggu meja tetiba tergerak hati nak tengok dompet yang aku beli.. Cari punya cari , takde ! Adoiyai... Aku tak amik la kotttt ! Tertinggal kat premis diorang ! 

Dengan pantas aku gi amik.. Sampai je sana , staff dia cakap .. kawan dia dah keluar cari aku.. Aduh.. Kesiannya ! Diorang berlari sana sini cari aku... Huhuhu.. Aku kata tak pe la.. Kang lepas makan , aku datang balik. Kawan dia tu tak dapat dihubungi sebab tertinggal phone kat kaunter.. 

Aku keluar je dari situ.. terus terserempak kawan dia tu.. Huhuh.. Dia hulur barang aku dan aku ucapkan terima kasih.. Sian diaa... Apa pun , diorang dah buat yang terbaik ! Terima kasih sekali lagi ! Tak sia sia beli kat situ... 

8 komen :

Abam Korie berkata... [Reply to comment]

terbaiklah....boleh pegi servey nanti...kot2ada yg berkenan...

ps..tadi dah lalu kt situ ptg tadi, tak terniat plaknak singgah....

Lyssa Faizureen berkata... [Reply to comment]

nice wallet ben ! (Y)

gulew kapas berkata... [Reply to comment]

Tahniah. Jarang staff nak pergi kejar cari, selalu dia tunggu je

firzz duka berkata... [Reply to comment]

Bagus staff dia...kadang-kadang ada staff yang biar je..tunggu customer datang...

Shark Kay berkata... [Reply to comment]

bayar mahal pn x kesah kalau dh servis camni.
smart warna walet tu.

Joanna Yunus berkata... [Reply to comment]

Mmg timberland klcc mesra pelanggan

Mera Hussain berkata... [Reply to comment]

Respect pekerja yang macam tu. Huhu

Mama Kembar 3 berkata... [Reply to comment]

Bagusnya staff mcm tu

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI