Gegar Vaganza 5 , minggu ke 4.

Tak minat

Layan di tv dan handphone... Dua sekali kauu ! Saja nak dapatkan feel gitu sebab malam ni berduet.  Kononnya walhal nak amik gambar jer kat handphone jer. Heeee... Kalau ditanya aku mana penyanyi yang best , aku tak boleh nak jawab sebab aku tak layan dari minggu pertama sepenuhnya. Tengok sekejap sekejap dan tak pernah part sapa terkeluar sebab dalam musim ke 5 ni , aku cuma minat kat Zamani Slam jer. Maka layan dia nyanyi je la. Saja nak lepas 'rindu' zaman remaja dulu. 

Tapi minggu ke 4, aku layan beberapa penyanyi terutamanya penyanyi perempuan  yang menyanyi awal seperti Noryn , Maya , Hetty dan Farah Wahida. Tu pun sebab Zamani lambat nak muncul. Rasanya kalau dia muncul awal , aku dah tukar tengok movie kot ? Hahaahaa.. Maaf la yer... Aku memang rock kapak forever. Rasanya ramai pon gitu gak kan ?

Iklan yang 'kedekut' ... bagi aku la ! Bikin rosak ini musim jer. Nasib baik dia ' ada duit' . 

Tonton Amelina buat pertama kali. Teringat dia zaman muda dulu. Zaman kecil molek bersama Iwan. Sekarang dah.. Hurmm... kesian pun ada gak kan ? Gitulah kehidupan kita. Kalau tak reti nak susun hala tuju , memang boleh huru hara dibuatnya. 

Berduet ngan Mamat Exist

Hurm.... Tak memuaskan hati aku gitu. Huhuh.. Tak pe la. Janji buat dah yang terbaik.  Kalah menang pun , tak kisah. Dia dah memang legend gitu. Dia masuk pun bagi aku laaa.. sekadar nak menaikkan semangat dia dalam dunia seni hiburan ni. Nak kena bersaing dengan orang orang muda , bukan mudah kan ? Kena pulak zaman media sosial ni.. Huhuh.. 

Sapa terkeluar ? Aku tak kisah.. 

1 ulasan:

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.