Jangan poyo kan mereka yang 'bikin' badan!

Sama seperti perempuan yang inginkan kecantikan serta tubuh badan yang ideal serta menawan hati pasangan, lelaki pun tidak terlepas dari kecaman terutama daripada mereka yang gemar beri alasan mengarut utk bersenam dan jaga kesihatan. Kata mereka, mati itu pasti.

Memanglah.. Tapi menjaga kesihatan adalah ibadah juga. Dapat pahala. Yang sampai tahap sado kemudian menunjuk badan tu, cubalah difikir dari sudut positif. Kalau mereka boleh buat, kenapa tidak kita..kan?

Nak jaga badan ni memang payah. Ada yg tahan lapar.. Ada yang tahan nafsu makan.. Ada yang hangat hangat tahi ayam.. Ada yang sekerat jalan.. Ada yang suka patahkan semangat kawan.. Eh, mcm mcm laaaa..

Aku dah berumur 43 tahun. Bukanlah niat gi sado kan badan tu untuk menikah 3-4 orang pon tapi aku tak larat nak mengah bila berjalan atau kejar anak anak aku yang suka berlari ni. Nak tak nak, kena 'mendahului' mereka.

Lelaki nak cantikkan badan bukanlah mudah. Kena kerja keras abisan. Melainkan sekadar nak fit. Seminggu 3 kali join fitness ok dah. Nak sado tak leh gitu. Komitmen tinggi. Kena jaga makan, rehat, psikologi dan latihan. Macam aku pun, bila datang mood hancur.. Tgk besi pon nak muntah. Tapi tetap kena paksa diri gak gi.

Beberapa bulan lepas





Sebenarnya part paling susah ialah jaga makan. Sebab tu aku kata.. Jgn poyo kan mereka yg terjun dlm bidang ni. Yang jaga rutin, fuhhh.. Berbaloi la hasilnya. 

Aku? Baru lepas makan 3 pinggan nasi lemak wife bikin. Heeee... Hujung minggu.. Cheat Day kata abam sado. 



4 ulasan:

  1. Nak istiqhamah tu banyak cabarannya.

    BalasPadam
  2. Setiap individu ada minat masing-masing. Ada yang suka bersenam dan ada yang suka bina badan.Kita perlu hormat apa yang mereka lakukan selagi tidak memudaratkan diri.

    BalasPadam
  3. Apa pun yang penting kita jaga kesihatan kan, tak kisahlah workout cara apa pun.

    BalasPadam
  4. Sungguh ke gambar pertama tu? macam drama je buh bantal? hehe

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.