Perkhidmatan teksi perlukan penambahbaikan.

Aku sebenarnya kesian tengok pemandu teksi ni. Nak salahkan mereka 100%, tak boleh. Cuba naik teksi dan borak dengan mereka. Ramai di antara mereka ni tertekan dengan kehidupan sekarang ni. Terutama mereka yang tinggal di KL ni. Sebab tu ada antara mereka kelihatan seperti nak makan orang dan ada pon  yang dah kerap ' sembelih' orang. Hurmm..

Tapi jika ditanya aku.. Aku akan memilih e Hailing utk bergerak berbanding teksi. Byk sebab.. Antaranya taknk tgk muka garang driver teksi. Pastu bau rokok di dalam teksi dan pastinya harga. Kadang kadang melampau tinggi.

Kes terbaru ni.. Perjumpaan persatuan teksi dgn PM yg mana dicemari dgn kelakuan segelintir pemandu tu, aku syak tu bukan pemandu teksi pon. Sememangnya ada insan yg merosakkan nama nama pemandu teksi yang betul betul komited cari makan dgn teksi ni. Jahat sungguh la perangai manusia camni.

Aku harap kerajaan dapat bantu pemandu teksi ni. Baiki perkhidmatan termasuk beri bantuan seperti teksi baru dan juga permit individu. Dan yg dpt permit tu , jgn di Ali Baba pulak. Ni satu hal lagi. Haish..

Grab.. Aku tak da isu cuma pemandu Grab je ada isu ngan Grab.. Heeeee.. MyCar dah cuba? Payah nak dapat booking.

6 ulasan:

  1. dulu selesa nak teksi je sebab memang kadang murah.Tapi kalau kawasan bandar memang kadang harga cekik darah

    BalasPadam
  2. saya suka grab 50% murah dari teksi.. jarak yg sama - grab Rm5, teksi RM 10

    BalasPadam
  3. Kebanyakan pemadu teksi ni menyewa teksi dan lesen dari individu tertentu. Mereka tak ada lesen/ permit, so terpaksa mereka sewa. Katakan RM50 sehari. Itu baru sewa permit, sewa teksi lain pula kiraanya. Katakan RM50 juga sehari, dah RM100. Duit petrol belum kira lagi.
    Jadi kalau mereka dapat 'collection' RM100 sehari, itu masih belum pulang modal lagi. Tu yang terpaksa ambil jalan singkat dengan ketuk penumpang kaw2 tu.

    BalasPadam
  4. saya tak suka naik teksi sebab banyak kali dah kena tipu harga. pemandu tak nak guna meter, so diaorang letak harga 'ikut suka hati' diaorang. walaupun jumlah harga yang ditipu tu harga rm5 - rm10, but it is still a money. dan memang dah fobia la. Sejak ada uber dan grab ni, memang pilih untuk naik grab je la skrang. Saya lebih rela sewa kereta dari ambik teksi kalau grab tak ada

    BalasPadam
  5. Jarang sebenarnya naik teksi atau grab ni, so takde pengalaman sangat. Tapi kalau diberi pilihan lebih suka grab. Teksi ni kadang harga tak tetap.

    BalasPadam
  6. sebelum ni Dura suka naik teksi je, dah biasa. Tapi la ni harga depa melantun naiknya. Maka terpaksa guna grab pula

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.