Review Sudio Niva True Wireless Earphone dari Sweden dan Diskaun 15% untuk korang !

Setiap kali di gym , aku dapati mereka yang turut berada di sana , berada di dunia sendiri ! Cari feel sambil berlari dan angkat besi ? Hurrmmm... Aku pun cuba gak la mencari feel dengan cara gitu. Tapi aku dapati , terganggu lak pergerakkan aku dek dengan wayar wayar earphone ! 

Huhhhh... Tak syok betul. Feel tu dah ada tapi gangguan tu bikin aku hilang mood lak. 


Aku pandang sorang sorang. Ada yang pakai wireless earphone dan ada yang berheaphone. Nampak cool gitu ! Aku pun nak gak laaa cam ni. Tapi kalau boleh tak nak la pakai headphone. Aku rasa cam pilot layan besi lak lagaknya. Dan rasa pun tak sesuai untuk aku yang dah dewasa ni.. Eceh... Kalau muda ok la kan ? Sesuai la gituu..kan kan ?

Dan masalah aku ialah , apa yang sesuai dengan aku. Mana yang berbaloi untuk aku dan paling utama, kualitinya. Dah cuba dah yang jenama murah murah tu tapi sangatlah tidak memuaskan hati sama sekali. Aku teringat yang aku pernah guna earphone  jenama Sudio satu tika dulu dan soundnya sangat memuaskan hati. 

Aku ke www.sudio.com/my. Dan aku memilih Sudio Niva . Hati sudah terpaut dengan dia. Huhuh.. Ada banyak pilihan warna di situ ! Mana satu yang sesuai untuk aku ?? Ok.. jumpa wireless earphone yang sangat cool. Ada beberapa pilihan warna dan aku pilih warna puth. 


 3 warna pilihan dengan harga RM425 setiap satu.

Spesifikasi SUDIO NIVA:


Aku pun order.. Buat masa skang , Free Shipping  dan warranty selama setahun ! !  Masa penghantaran selepas belian ialah 2-7 hari bekerja, sampai ke tangan aku melalui Ninja Courier. Memang terbaik la.  Memang ikut jadual la. Tak sabar nak guna kat gym. Dan berharap mood dan semangat berubah pasni. Bukan apaaaa.. kat gym kadang kadang lagunya tak kena ngan jiwa. Pastu ada je gangguan dengan suara suara orang mengerang  menjerit. Bikin potong stim jer.. 

Sudio Niva True Wireless , warna putih.

Letak jer... automatik akan charge earphone tu.  Dan ianya m ampu bertahan sehingga 17.5 jam lamanya untuk 3 kali charging. Satu  satu masa kali guna , boleh bertahan hingga 3.5 jam. Lama la kan ? 

Kabel charger juga akan dapat setiap belian

Charging Port

Petunjuk kuasa bateri

Kualiti. 

Charging

Setiap pembelian akan dapat 4 Swedish Design Coasters

Bergayakan ? Haa... nak keluar jenjalan pon best guna Sudio Niva ni lebih lebih lagi kalau nak guna pengangkutan awam. Fuhh.. layan dunia sendiri wehhh..

Selain daripada soundnya yang sedap , Sudio Niva adalah kalis peluh. Maknanya jika korang kaki jogging atau cam aku , kaki gym.. memang sesuai la. Susah nak jatuh jika berlari. Kiranya melekap elok la di telinga tu.  Oh ya... Jangan pulak bawak masuk ke dalam kolam air. Bukan kalis kolam renang weh ! Gahaha...

Panggilan masuk melalui telefon pintar. Tekan je butang di earphone tu dan terus jawab je terus melalui Sudio Niva ni. Clear sound dia. Wife aku tak komplen pon bila aku bercakap dengan dia. Ni kalau orang tengah hangat bercinta ni , guna Sudio Niva pasti laa syok. Tak payah nak pegang pon phone. 


Khas untuk pembaca blog Ben Ashaari , kalau nak beli Sudio Niva ni , ada diskaun sebanyak 15% ! Sila guna kod BEN2018 ketika melakukan pembelian. Banyak gakkk wooo beza kalau tak guna. 
Untuk maklumat lanjut :

Instagram : https://www.instagram.com/sudio/
Facebook : https://www.facebook.com/Sudiosweden/
Web : https://www.sudio.com/my/

Tunggu apa lagi.. cepat gi rembat sebelum abis tempoh diskaun.



19 ulasan:

  1. Wahhh best ni ada diskaun.. harap sempat la tunggu gaji.

    BalasPadam
  2. nice . tp tengok harga.. gulp... simpan det dlu hahaha.

    BalasPadam
  3. wah.. nak warna pink lah.. 😍😍💗

    BalasPadam
  4. Best betul.... Ni nak bawak travel pun senang... Takyah risau wayar berselirat.... Nak jugakkkkkk!!!!!

    BalasPadam
  5. Mmg syok pakai. Lekat elok ja, i siap lompat lompat nak try tengok earphone ni jatuh ka tak. Nasib baik jiran umah bawah tak marah gegaq hahaha

    BalasPadam
  6. Nak jugakkk, sekarang pakai earphone bluetooth jugak, tapi yg ada wayar... Hahahaa

    BalasPadam
  7. tudiaaa.. kecik molek..lawa..

    BalasPadam
  8. Ini kalau ku pakai sambil kayuh basikal. Mau tak sedar kayuh 30km.

    BalasPadam
  9. wahh..bebetul syok ni kalo dapat memililki..Nampak smart betul. Sesuai utk peringkat umo ni

    BalasPadam
  10. Pwrgh best giler.. Warna putih pulak ty. .tak terfikie pulak boleh buat untuk bercakap dekat phone. .Best ni

    BalasPadam
  11. wooow ni mmd awesome giler..tahan peluh tu mmmg best..mmg kena beli ni

    BalasPadam
  12. Wahhh best sangat ni, nampak smart dan selesa bila pakai. Takde dah masalah wayar berselirat!

    BalasPadam
  13. Mantap. Kalau compatible dengan iPhone rasa ramai beli ni.

    BalasPadam
  14. Cun gilehhh , takyah semak dengan tali sebab mesti terbelit2 fuhh

    BalasPadam
  15. Nampak eksklusif... boleh hadiahkan utk yang tersayang. Sesuai sangat ni

    BalasPadam
  16. Mmg stylo abih laa bendalah ni kan . Cun pon cun .

    BalasPadam
  17. fuyyooo.. mesti best, nampak rupa dia pun trendy sgt. ala2 hipstur gitu

    BalasPadam
  18. stylo giler, memang sesuai dengan ben yg banyak habiskan masa kat gym .....rasa nak beli seketul pulak

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.