Sarawak , More To Discover ! Joooommm kita ke Bumi Kenyalang tahun 2019 ..

by - Khamis, Oktober 18, 2018

Sejujurnya , Sabah dan Sarawak adalah harta karun yang tak ternilai harganya buat Malaysia. Itu pendapat aku.Terlalu banyak untuk diterokai terutamanya Sarawak dari sudut kebudayaan , kesenian serta flora dan faunanya. Dan disebab inilah aku nak ke Sarawak, Bumi Kenyalang tahun hadapan. Nak terokai abis abisan. Nak ikut ? Hehehehe.. Jom beramai ramai ke sana nak ? Hahaaa.

Baru baru ni , aku ke JW Marriot Kuala Lumpur untuk hadiri pelancaran logo baru ' Melawat Sarawak atau Visit Sarawak ' yang dibuat dengan penuh warna warni. Tak sempat nak menguap aku dalam tu. Segalanya cukup ceria dan meriah.. Ada persembahan dari penyanyi kelahiran Sarawak yang tidak perlu diperkenalkan lagi... Dayang Nufaizah serta persembahan kebudayaan dari Sarawak yang sangat menarik untuk ditonton.



Majlis dirasmikan oleh Menteri Pelancongan , Keseniaan , Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak , Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah. Dengan tagline  " More To Discover" , pastinya Visit Sarawak mampu menarik ramai pelancong dalam dan luar negara kerana sememangnya Sarawak adalah destinasi tepat untuk dilawati.

Menurutnya beliau , Sarawak telah membelanjakan sebanyak RM8.59 bilion untuk pelancongan pada tahun 2017 dan mensasarkan pelancong tempatan teruramanya dari Malaysia Barat memandangkan Sarawak menawarkan kepelbagaian tarikan terutamanya dari sudut budaya , alam semula jadi , pastinya makanan dan banyak lagi.

Turut direkodkan sebanyak 2.6 juta pelancong dari UK , Jerman , China , Australia , negara negara Asean telah melawat Sarawak tahun lepas. Dan pastinya media digital kempen terbesar mereka kali ini.Mereka turut membuat aplikasi mobile yang mana bakal menjadi petunjuk utama dalam penerokaan pelancong yang memuat turunkan aplikasi tersebut. 

Ok... setiap logo ada maksud tersendiri kan ? Bagaimana pulak dengan logo Visit Sarawak 2019 ni ? Meh aku kongsi sedikit info mengenainya..


Merah dan Kuning : warna yang terdapat di bendera Sarawak
Jingga ( Oren ) : semangat pelbagai kaum dan etnik di  Sarawak
Hijau : kehijauan hutan rimba 
Biru : mewakili ketenangan lautan 
Huruf S : kesenian hasil tangan yang kebiasaan dibuat oleh suku kaum Dayak dan Ulu
Kepala Burung Kenyalang ( Hornbill ) : tarikan semulajadi yang popular di Sarawak 

Kemudian aku dan para tetamu dihidangkan makanan tradisi di  Sarawak yang cukup enak enak. Tengok menu pun dah terliur nak cuba , kan ? Heeheee..


Umai

Ayam Pansuh

Kuih muih

Laksa Sarawak

Tagline More To Discover dan #SarawakMoreToDiscover  , hastag rasmi yang akan menjadi sebutan bila di Sarawak nanti. Apakah yang wajib di discover bila di Sarawak ?

Discover Culture
Terokai budaya 27 etnik , 45 bahasa dan dialek ! Setiap daripadanya ada kisah tersendiri , warna kehidupan ,tradisi , kepercayaan yang membuatkan Sarawak cukup lumayan untuk diterokai. Pelancong berpeluang berjumpa suku kaum Iban dan mengetahui sendiri sejarah dan skill headhunting yang diamalkan pada satu ketika dulu. Walaupun tidak lagi mengamalkan , mereka masih lagi meneruskan kepercayaan turun temurun dan masih berpakaian trasdisi dan bertutur bahasa mereka sendiri.

Museum bertaraf antarabangsa , kepelbagaian agama , budaya adalah tarikan utama.








Discover Adventures 

Meredah hutan belukar  , menerokai gua gua , panjat gunung , diving , memancing , skiing , dan banyak lagi aktiviti aktiviti yang menanti pengunjung di sana. Jika mengunjungi bandaraya Kuching, pastinya tarikan adalah bangunan yang bersejarah. Mengabungkan seni bina yang menarik bermula dari zaman kolonial hinggalah ke zaman moden , menanti untuk bergambar bersama sama !

Jangan lupa membawa pulang cenderahati buatan tangan selepas belajar skil skil bertukang di sana yer.





Discover Nature

Secara jujurnya , ini antara tarikan utama aku untuk ke Sarawak. Hutan  Hujan Tropikanya yang masih dara adalah terbesar di dunia menyimpan lebih 8 ribu  spesiss pokok bunga dan lebih 20 ribu spesis binatang !  Sarawak juga adalah negeri paling besar dalam Malaysia. Naahhh... bayangkan berapa hari nak abis untuk terokai Sarawak.

Banyak aktiviti melibatkan alam semulajadi boleh dilakukan dan inilah yang aku nantikan sangat sangat untuk menerokai Sarawak memandangkan aku ni , membesar di dalam bandar yang sangat sibuk. Bunyian unggas dan haruman segar hutan belantara mendamaikan aku.







Discover Food 

Makanan tradisi di Sarawak pastinya menjadi syurga buat kaki makan. Bayangkan jika ada 27 suku kaum... berapa banyak makanan yang sedap sedap menanti diorang di sana ? Hahahaa.. Antaranya mee kolo , umai , manok pansuh , mee Sarawak dan banyak lagi !




Discover Festivals

Sarawak adalah negeri yang paling unik dengan festivalnya. Setiap tahun mereka akan menganjurkan pelbagai jenis perayaan , tak kira la samada melibatkan agama , kepercayaan dan adat turun temurun. Antaranya ialah Hari Gawai , Pesta Kaul , Borneo Jazz ,  Tidal Bore Festival , Sarawak Regatta , Pesta Meow , Sibu End Year Countdown dan banyak lagi ! 




Apa lagi alasan yang korang perlukan ? Hahaa.. bagi aku , ni dah mencukupi. InshaAllah , aku nak ajak rakan rakan blogger ke Sarawak untuk menerokai hutan rimba mereka terutamanya dan ajak keluarga aku untuk menerokai bandar bandar serta makanan yang ada di sana!

Maklumat lanjut : https://sarawaktourism.com/

You May Also Like

14 comments

  1. Jom la mai Sarawak untuk pekena mee Kolok

    BalasPadam
  2. Banyak yang menarik. Haida belum pernah sampai sini lg. Teringin nak pergi

    BalasPadam
  3. bestnyeeeeeeeeeee budaya kat sana.Pelbagai etnik yea.. Bila lah boleh dapat kesana.. alahai

    BalasPadam
  4. Menariknya laksa sarawak tu sedap betul...ish2 Sarawak je belum plan utk bawa family ke sana bercuti...walhal juju byk kali dah ke sarawak bertugas outstation kerja...ish2 nak usya tix la haha

    BalasPadam
  5. Ok masuk wishlist, mari lah menabung hehe

    BalasPadam
  6. saya pernah sekali je ke sarawak. teringin juga nak pergi lagi especially nak ke Rumah panjang. nak tengok cara kehidupan di rumah panjang. btw, nice sharing ben

    BalasPadam
  7. Kita pun teringin nak ke sarawak.. Pergh dihidangkan dengn lauk sarawak.. Best betul

    BalasPadam
  8. Teringin juga nak gi Sarawak.. tapi yg dekat di semenanjung pun takde banyak peluang nak bercuti dan melawat😂

    BalasPadam
  9. teringin sangat2 nak ke sana.. tak pernah jejak lagi sarawak..

    BalasPadam
  10. Dah 2 kali pergi Sarawak, best shopping dan makan² kat sana. Paling suka Mee Kolok and Laksa Sarawak.

    BalasPadam
  11. Sedap ayam pansuh tu. Pernah makan waktu kat sarawak.. Bestnya.. Teringin nak jalan sna lagi..

    BalasPadam
  12. Sarawak best. Tenang je. Bawa kereta pun tak laju.

    BalasPadam