Guru dan kata-katanya.



Teringat zaman sekolah rendah aku. Pertama kali aku dilempang dengan guru Matematik. Salah aku pun sebab bercakap dengan kawan . Tapi kesannya sampai sekarang aku ingat cikgu tu dan membencinya. Marah je dah la.. tak perlu lempang pun ! Malu dengan kawan kawan lain. Hurmm.. Sejak tu aku benci Matematik. Huhuh.. 

Di sekolah menengah lak.. Ketika di tingkatan satu. Masih segar di ingatan aku hingga kini. Kawan aku tu dipanggil oleh guru disiplin atas satu kesalahan. Si kawan ni petik nama aku. Dan aku yang tak tau apa apa , terus kena lempang dan marah. Siap kena perli lagi dek kerana pakai songkok tapi nakal.  Selepas kejadian tu , aku campak terus songkok aku. Sehingga sekarang aku tak berminat nak pakai songkok. 

Dan di tingkatan 5 , ada seorang guru Sains. Dia panggil aku ke bilik guru. Sains aku lemah. Bukan sebab tak pandai tapi tak rajin buat ulangkaji. Dia kasi aku sebuah buku latihan dan suruh aku rajin buat latihan serta ulangkaji. Masa SPM , mata pelajaran Sains antara subjek yang cemerlang buat aku. Eceh.. 

Bila aku jadi cikgu lak... antara ketiga tiga pengalaman tu , aku ulangi yang no 3... aku bagi pinjam buku pada anak murid aku. Yer, masih ingat lagi... buku lukisan. Pelajar tahun 2 dan aku tengok bakat melukisnya ada cuma perlu digilap. Aku bagi dia buku tu untuk dia belajar teknik teknik asas lukisan.

Jadi guru ni seronok. Guru mampu menjadikan murid murid ni cemerlang. Tak semestinya dalam bidang akademik. Dalam kehidupan juga mereka mampu cemerlang. Menjadi rakyat yang bertanggungjawab.  Sememangnya tugas guru cukup memenatkan tapi bila melihat murid muridnya berjaya menjadi manusia , pastinya segala penat itu hilang. 

Maka , guru harus berhati hati dengan kata dan tingkahlakunya. Ianya mampu mengubah anak murid mereka dari sudut emosional dan juga kehidupannya. Mereka akan ingat sampai mereka mati. 

3 ulasan:

  1. cakap pasal cikgu dan dimalukan.Pernah kena perli dengan cikgu matematik,siap cikgu mate tu perli.Katanya, nak suruh org cerdik matematik jawap soalan pecahan ni kat papan hitam.Memang matematik dl,dapat c je.Tapi hari tu.Soklan tu saya boleh jawab dengan tepat dan cepat! Tercengang habis kawan-kawan lain masa tu.Yg lain pun tak tahu jawapan.

    BalasPadam
  2. tapi.. pakai songkok la yang buat lelaki nampak hensem maksima. kihkih

    BalasPadam
  3. Pernah digelar kurang ajar sebab masa cikgu cakap pandang muka dia.. Padahal takde niat pun nak kurang ajar.. Orang tengah cakap ngan kita.. Kan elok pandang muka orang tu.. kan kan kan.. Ehh ke bila ngan cikgu tak boleh mcm tu ek.. hehehehe

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.