Katakan korang ada lebihan makanan... apa nak korang nak buat ? - BEN ASHAARI

Katakan korang ada lebihan makanan... apa nak korang nak buat ?

Berlaku pada aku banyak kali gak la. Bukan saja saja nak membazir tapi ketika nak membeli tu , anak anak beria nak. Bila dah beli , tak nak makan pulak ! Dah tu sapa nak makan ? Aku ? Aku sejak cecah 40 an ni , nafsu makan dah berkurangan. Kena jaga kesihatan. Terpaksa ! Kalau tidak , memang aku bedal je semua. 

Contohnya bila aku beli makanan di kedai tom yam.. ada mee goreng kambing yang tak terusik. Sapa nak makan ? Nak bagi jiran ? Heheheee.. Segan laa nak offer. Nak tak nak , masuk dalam peti ais dengan niat , esok panaskan je semula.. Kalau teringat la ! 

Atau jika ada beli lebih barangan dapur dan teringin nak bersedekah pada mereka yang berdekatan dengan kita tapi tak tau sapa yang memerlukan... ha , camana nak buat ? Niat bagus tu cuma sapa yang berminat ??? Hurmmm...

Semalam aku ada berbual santai dengan Founder Oh Free Food. Dia cerita kat aku akan kelebihan aplikasi yang baru saja dia cipta.Katanya , aplikasi tu bertujuan untuk mereka yang ada lebihan makanan dan berminat nak berkongsi makanan tu dengan mereka yang berada berhampiran. Tak kira la makanan tu baru lagi atau baki tapi masih dalam keadaan yang baik. Baki makanan tu contohnya jika beli pizza 3 kotak , ada 1 kotak tak terusik lagi.. Haa... Bukanlah beli nasi goreng, baki tinggal nasi kosong je pastu nak disumbangkan. Melampau la gitu kan ? Hahahhaa...

Idea yang sungguh cantik sekali dan bagi aku sangat bermanfaat. Bayangkan tidak lama lagi Ramadan menjelma dan pastinya ramai kaki makan akan mencari makanan yang sedap sedap. Dan ketika ni ramai yang bermurah hati ingin bersedekah atau berkongsi terutamanya makanan.


Kalau korang berminat nak cuba , boleh download aplikasi Oh Free Food ni. Ramai dah cuba dan menyukainya sama sekali !  Sangat user friendly. Katanya lagi , aplikasi ini akan dinaiktaraf tak lama lagi. Jika korang update je , mereka yang berada di sekitar , akan terima notification. Maksudnya, akan dimaklumkan ada makanan percuma ! 

Apa pendapat korang ?

Download app Oh Free Food  ( Android )  dan Oh Free Food ( ios ).
Facebook : OhFreeFood
Instagram : ohfreefoodofficial

19 ulasan:

  1. BAGUS SANGAT.Tiada pembaziran sekaligus galakkan kita bersedekah.

    BalasPadam
  2. nice idea. nice effort. mmg patut wujud dari dulu. sebab ramai yang tak cukup makan.. tapi hebahan kena juga melalui offline. sebab yang x mampu ada internet, susah jgk nak dapat info nih. idea?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kami akan keudara di selamat pagi malaysia tak lama lagik bagi mempromosikan ohfreefood. stay tune.

      Padam
  3. Boleh elakkan pembaziran.

    BalasPadam
  4. Wahhh bagus sangat idea camni, bantu kita elakkan pembaziran.

    BalasPadam
  5. Idea yang bagus. Tambah memudahkan bila ada app macamni..

    BalasPadam
  6. Idea bernas ni.bagusnya ada app untuk sedekahkan makanan yang tak habis..better di war² kan di luar sana.. ramai yang tak tahu ada app ni.

    BalasPadam
  7. Bijak nya idea. Bersedekah khas buat yang memerlukan sering dengan teknologi 👍
    Pernah pegi Kenduri, Lauk Pauk banyak belum usik, tuan rumah kebuntuan nak bagi Sapa. Nak bagi Masjid, dah sedia ada hidangan untuk jemaah dan tetamunya. Akhirnya pack hulur pada gelandangan yang Lokasi nya jauh dari lokasi tuan rumah. Dengan apps ni harap dapat membantu ramai yang memerlukan.

    BalasPadam
  8. bagus idea mcm ni.. tapi si pemberi janganlah bagi makanan contoh: buahan yg dah nak buruk pada orang.Sudahlah..

    BalasPadam
  9. idea yg baik. yang menerima gembira merasa makanan percuma, yang memberi lagi la suka dapat pahala bersedekah scra xlangsung.yg penting ikhlas dlm mberi dan makanan yg diberi tu pula bersih dan baik lagi utk dimakan.bagusla..bila nak launch app ni

    BalasPadam
  10. Menarik! Boleh elak pembaziran sambil bersedekah jugak

    BalasPadam
  11. Bgus betul ade apps ni. .siapa yang cipta ni . Terbaikla. .takde berlaku pembaziran

    BalasPadam
  12. best yer ada apps ni. hope apps ni tak terhad di kawasan KL sahaja.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.