Tiada peruntukkan sukan sekolah kerajaan sekarang ?

by - Isnin, Februari 18, 2019

Aku terkedu. Ibu bapa kena bantu mencari sumbangan bagi memastikan sukan sekolah dapat dilaksanakan ! Persoalannya , tiada dana atau bajet sukan lagi ke ? Hurmm.. apa dah jadi ni ? Aku tak nak sentuh bab politik dalam entri ni. Tapi adalah tidak berpatutan sama sekali jika ianya adalah benar sama sekali ! 

Aku cuba bertanya pada rakan rakan guru di sekolah lain terutamanya di Wilayah Persekutuan. Mereka kata ada bantuan untuk mengadakan sukan sekolah dan dibantu oleh PIBG. Tapi untuk kawasan Selangor , lain pulak ! Tiada la pulak ! Guru sendiri pening kepala. Camana nak anjurkan sukan kalau gini ?

Aku bukan nak pertikaikan apa apa la kat sini tapi andai alasan mereka ibu bapa kena mainkan peranan lebih lagi untuk membantu pihak sekolah , bagi aku itu tak patut la. Dalam satu sekolah , bukan 90% terdiri dari anak anak orang berada. Ada sendiri pun kais pagi makan pagi... nak hulurkan sumbangan terutama berbentuk tunai pun kadang kadang pun boleh bertekak dengan si anak.... walaupun kecik ! Hurmm...Mau paham . serba serbi bukan murah dah walaupun 'dijanjikan murah dan turun harga' ! 

Aku berharap sangat apa yang aku tulis ni tidak benar sama sekali iaitu bajet untuk sukan sekolah sekitar Selangor tiada lagi ! Aku selaku suri rumah , nak tak nak terpaksa terjun ke dalam team sukan sekolah anak aku untuk bantu mencari penaja penaja yang ikhlas dan menyokong sukan sekolah kali ini. 

Nasib baik ada syarikat swasta yang sudi hulur sumbangan. Tebal muka nak mintak gak ni kan ? Maklumlah , kita ni bukan ada kepentingan yang boleh dijanjikan andai diberi sumbangan.


Mau kena pikir sikit la yer.. Sukan Sekolah adalah untuk melahirkan jaguh jaguh sukan sekolah seterusnya menaikkan nama negara di mata dunia ! Jangan ingat dok bayar hutang jer sehingga sekat kepentingan rakyat. Yang patut mau patut kurangkan lagi tu ialah gaji gaji menteri serta elaun. Tak perlu berpuluh ribu pun. Dah dapat macam macam percuma dah kan ? Tak perlu nak marah. Berkhidmat untuk rakyat mau ikhlas ! Tak nak , letak jawatan. Jangan lak nak sentap. Bukan apa... bila bergelar menteri  atau wakil rakyat dah banyak 'berduit' ! Sepatutnya bila ada bergelar pemimpin ni, duit makin kurang. Kepentingan rakyat diutamakan. 

Ni baru sukan sekolah. Entah apa lagi yang kena potong , aku pun tak tau lagi. Tunggu dan lihat je la. Tak kira sapa pun perintah , jangan asyik beria nak majukan negara hinggakan pinggirkan rakyat terutama yang tunggu hujung bulan baru berduit dan kais pagi, cam aku ni ! 


You May Also Like

0 comments