Kenapa nak bayar lebih di kala ekonomi dunia tidak stabil gini ! Kalau dapat jimat , maka berjimatlah ! Seperti kata seorang kenalan aku baru baru ni , kalau boleh kutip point dan melancong secara percuma , mengapa dibiarkan jer ? Dan dia dah pergi banyak negara , duduk di hotel mewah , menaiki penerbangan business hanya dengan menggunakan point yang dia kutip saja ! Haaaa...
Selepas tu aku terfikir.. Aku ni selalu isi minyak. Tapi tak guna kad kad yang ditawarkan di stesen tu ! Adoiyai.. ruginyaaa ! Pastu sekarang ni lak , setiap bulan mesti nak bawak anak anak berjalan sana sini.. Bila sampai kat kaunter tiket , soalan pertama.. " Takda diskaun ke untuk warganegara ? ". Tak tanya , diorang sendiri pon kekadang tak bagitau. Kita pun bayar dengan harga penuh. Sapa rugi ? Kita jugak !
Dan aku terima satu email dari Tourism Malaysia yang memberitahu bahawa satu kad privilege kembara telah dilancarkan dan mereka yang memiliki kad tu boleh mendapat diskaun dari 20% hingga ke 35% pada restoran , pengangkutan , penginapan , perkhidmatan , produk yang mereka beli. Buat masa sekarang , beberapa negeri yang boleh digunapakai . Antaranya , Selangor , Pulau Pinang , Negeri Sembilan , Kuala Lumpur , Melaka , Langkawi dan Perak.
Untuk mendapatkan kad ni , korang kena daftar dan bayar cuma sebanyak RM25 sahaja. Boleh guna untuk 2 orang dewasa dan 2 orang kanak kanak. Berbaloi la kan ? Untuk mendaftar atau nak tau lagi tempat tempat yang menarik dan boleh guna kad ni , sila ke www.malaysiatravelprivilegecard.com/