Setiap kali aku nak hidupkan kereta Nissan Livina aku yang dibeli tahun 2013 ni , aku berselawat dan berdoa agar boleh hidup dan bergerak . Tapi gitulah.. bila ujian Allah kan datang. Kita bersabar dan berdoa je la agar dipermudahkan segala urusan kita.
Awal tahun ni , tukar enjin kereta. Punca kerosakan , air dah masuk enjin. Disyaki gasket bahagian enjin tu rosak dek kerana pernah berlaku overheat ! Aduh. Naya sungguh. Silap sendiri tak periksa air dan terlalu bergantung kepada orang lain untuk periksakan !
Kos , hampir 4 ribu gak la. Alhamdulillah. Selesai. Baru tenang nak jalan jauh terutama balik kampung sang isteri di Kelantan. Sedap pemanduan cuma tak la sesedap enjin baru. Heee.. tapi tak pe la. Asalkan selamat pergi balik.
Minggu lepas , bercuti ke Kedah-Pulau Pinang lak. Sebenarnya aku tak sedap hati nak memandu jauh guna Livina ni. Gear box dia bermasalah dah 2 tahun. Masuk gear D , jadi termenung. Guna oil treatment , baru ok tapi akan sampai masanya , dia akan rosak abis ! Berdoa je la jangan rosak kat tempat orang. Huhhu..
Alhamdulillah. Perjalanan pergi dan balik , selamat dan takda masalah.
Sebelum pergi tu, aku servis aircond dan tayar. Check semua betul betul. Dan memang ada masalah la. Keluar kos lagi. Air cond dalam 1.2k manakala tayar brek semua tu , dalam 2.5k . Kena tukar tayar baru sebab dah tak elok. Sport rim punya kena tukar kerana punca pada kerosakkan tayar. Adeh..
Memikirkan wife guna kereta ni pergi dan balik kerja.. aku akur je la buat.
Dan nak dijadikan cerita.. Allahuakbar. Rezeki sungguh buat kami sekeluarga. Gear box kereta Livina aku ni rosak depan rumah , keesokkan hari selepas pulang dari Pulau Pinang. Sehari sebelum nak mula hari kerja. Jadi ada sehari untuk baiki !
Persoalannya.. camana nak bawa gi bengkel untuk repair dan berapa lama pula masa nak diambil ? Takkan aku nak kena ulang alik antar wife macam sebelum ni, masa enjin rosak ! 3 bulan aku ulang alik antar wife. Huhuh..
Nasib baik aku selalu follow page geng Nissan Livina. Ada mekanik yang boleh dan sangat disyorkan bahagian gear box ni. Aku pun mesej. Ada dua orang aku mesej. Dan tengok camana pendapat mereka. Satu suruh tukar gear box. Satu lagi suruh overhaul.
Pikir punya pikir.. aku amik yang overhaul terus. Dia tukar segala mak nenek punya barang dalam tu dengan yang baru serta warranty setahun. dan paling best , dia buat terus depan rumah kita ! Fuh... syukur Alhamdulilah..
Jam 4 petang diorang datang. Buat terus. Cuaca cantik pulak.. Jam 9 malam siap selengkapnya. Test drive , cantik sekali. Kos termasuk diorang datang buat kat rumah . 3.7k . Tak pe la.. Nasib baik dah simpan duit awal awal dulu sebab tahu akan ada masalah. InshaAllah.
Tukar kereta baru ? Nantilah... belum masanya. Guna je dulu apa yang ada... Hahaha.. repair selagi boleh. Sampai masa, barulah tukar..
Alhamdulillah. Elok dan lancar. Nanti gi bengkel diorang untuk check enjin atau yang sepatutnya. Kasi lagi padu !
Mekanik gearbox : Shah ClockSpring Autospec ( boleh gi servis satu semenanjung )












