Bila aku cerita pasal telur di Facebook atau Tiktok , mesti ada yang kata atau berbunyi 'kentut ni mesti power punya' atau 'bau mesti perghh' ! Aku tak nafikan pun sebenarnya... Memang betul ! Fuh.. Kentut mesti padu dari sudut bau mahupun letupannya.
Kenapa macam tu eh ? Kalau “kentut busuk lepas makan telur”, sebenarnya benda tu normal, tapi ada sebab saintifik di sebaliknya. Bagi yang tak tau dan nak tau.. meh kita sama sama ambik tau bab telur ni. Telur ni makanan superfood yer. Jangan sebab bau dia terus kita nak buang telur ni ! Haaa.. satu ketugian ! Banyak manfaat kalau amalkan telur ni terutama telur rebus.
Mula mula kita cerita pasal kebaikan telur rebus ni eh. Telur rebus ada banyak khasiat sebab ia makanan yang padat dengan nutrisi walaupun saiznya kecil. Antara khasiat utama telur rebus :
1. Sumber protein berkualiti tinggi
- Bantu bina otot, tisu badan dan tingkatkan metabolisme.
- Sesuai untuk mereka yang nak kurus atau bina badan.
2. Kaya dengan vitamin & mineral penting
- Mengandungi vitamin A, B2 (riboflavin), B12, D, E, zat besi, fosforus, selenium dan zink.
- Bantu kesihatan mata, kulit, darah dan sistem imun.
3. Baik untuk otak
- Ada kolin, nutrien penting untuk fungsi otak, memori, dan perkembangan janin semasa kehamilan.
4. Menyokong kesihatan jantung
- Telur rebus (dimakan sederhana) boleh bantu tingkatkan kolesterol baik (HDL) dan kawal kolesterol jahat (LDL).
5. Baik untuk mata
- Mengandungi lutein dan zeaxanthin, antioksidan yang lindungi mata daripada katarak dan degenerasi makula.
6. Sesuai untuk diet
- Rendah kalori (lebih kurang 70–80 kcal sebiji), tapi mengenyangkan lama.
- Bantu kawal selera makan.
7. Baik untuk rambut & kulit
- Kandungan protein dan biotin bantu rambut lebih kuat dan kulit lebih sihat.
Kelebihan makan telur rebus waktu pagi vs waktu malam
Waktu Pagi (Sarapan)
1. Bagi tenaga tahan lama
- Protein tinggi dalam telur bantu kekal kenyang dan beri tenaga sampai tengah hari.
- Kurangkan keinginan nak makan makanan ringan.
2. Bantu kawal berat badan
- Kalau makan telur rebus waktu pagi, metabolisma naik awal dan bakar lebih banyak kalori sepanjang hari.
3. Fokus dan prestasi otak lebih baik
- Kolin dalam telur bantu tingkatkan tumpuan dan daya ingatan, sesuai untuk pelajar atau pekerja.
4. Stabilkan gula dalam darah
– Protein seimbang elak gula darah naik mendadak selepas sarapan.
Waktu Malam (Sebelum tidur)
1. Bantu pemulihan otot semasa tidur
- Protein dalam telur bantu baik pulih sel dan otot yang rosak lepas aktiviti siang (terutama kalau bersenam).
2. Kenyang lama, elak lapar tengah malam
- Telur rebus rendah kalori tapi mengenyangkan, sesuai kalau nak kurus tapi tak nak tidur lapar.
3. Boleh bantu tidur lena
- Kandungan tryptophan dalam telur bantu tubuh hasilkan serotonin dan melatonin (hormon tidur).
Kalau nak paling sihat, makan telur rebus tanpa garam berlebihan dan elak digoreng dalam minyak banyak.
Ok..
1. Telur kaya sulfur (belerang)
Putih telur dan kuning telur ada banyak asid amino sulfur seperti methionine dan cysteine. Bila usus cerna protein tu, bakteria usus hasilkan gas hidrogen sulfida (H₂S) iaitu gas yang bau macam telur busuk tu.
2. Bakteria usus aktif
Bila bakteria dalam usus kecil tak seimbang atau banyak bakteria “fermentasi protein”, gas sulfur tu jadi makin banyak. Kadang-kadang juga sebab makan telur tanpa sayur atau serat maka gas tak keluar ikut najis tapi keluar ikut “jalan belakang”.
3. Telur tak hadam sepenuhnya
Kalau perut atau usus tak hadam telur betul-betul (contohnya makan banyak sangat atau cepat sangat), protein tak terurai habis maka bakteria usus akan “ferment” dan akan keluarkan gas busuk.
💨 4. Campuran dengan makanan lain
Telur dan makanan tinggi protein lain (macam daging, susu, kekacang) boleh gandakan gas sulfur.
Kalau tambah kopi atau minuman berkarbonat, gas makin cepat keluar.
Cara nak kurangkan bau:
- Jangan makan telur berlebihan (1–2 biji dah cukup).
- Minum air cukup.
- Makan sekali dengan sayur hijau (serat bantu kurangkan gas).
- Boleh ambil yogurt Greek — bantu imbangi bakteria usus.
Ok ? Jadi kalau nak makan telur , pastikan bersama sama fiber macam gambar di atas. Jangan sekadar makan telur rebus saja ! Nah.. baulah kentut tak bikin dunia bergoncang ! Okeh ??? Aracit ?



