Teringat zaman aku kecil kecil dulu.. kalau nak raya jer , mak ayah mesti bawa ke ibu kota untuk membeli belah pakaian raya. Suasana sangat meriah. Dengan lagu raya yang berkemundang di corong corong speaker membuatkan mood memilih pakaian tu lain macam walhal puasa tu ! Hahaha.. tak terasa dahaga dan kepenatan.
Suasana yang sama juga aku berikan pada anak anak aku sekarang ni. Walaupun berpuluh tahun beza tapi aku nak mereka rasainya sedikit sebanyak apa yang aku rasai. Seronok dapat beraya sementara ada ibu dan ayah di sisi. Begitu juga dengan ada adik beradik disamping sebelum masing masing membawa diri bila dah dewasa nanti. Huhu.. tak mungkin terasa dah semua ni.
Kenapa Pusat Pakaian Hari Hari ? Bagi aku , lokasi sangat penting. Tempat letak kereta , berhawa dingin , layan mesra staff , harga dan kualiti memainkan peranan. Ada orang suka free gift jika beli banyak dan Pusat Pakaian Hari Hari ada sediakan juga setiap kali jualan perayaan mereka adakan. Hahahaa.. Terbaik.
Reka bentuk pakaian raya di sini masih menekankan konsep tradisional. Takda merapu meraban punya design. Kemas dan cantik terletak jer bila disarung. Harga pun berbaloi. Sesuai untuk golongan macam aku yang tak pentingkan jenama. Aku tak suka ada jenama di depan baju raya aku pakai. Serabut. Kalau t shirt tu lainlah. Ni baju melayu kot..
Selain koleksi pakaian raya lelaki dan perempuan , pakaian beraya yang lain pun kelihatan menarik dan kemas jer bila dipakai untuk berkunjung ke rumah sanak saudara mahupun teman teman. Nampak menarik dan gempak gitu. Kemas sudah semestinya. Untuk setiap pembelian RM120 dan ke atas, korang akan menerima Freegift Paket Raya. Manakala pembelian RM200 dan ke atas pula akan mendapat Freegift Woven Beg eksklusif, sementara stok masih ada.
Bagi yang merancang nak berjimat , ada clearance stock juga dengan harga yang berbaloi, bermula serendah RM5, RM10 dan RM25 sahaja. Memang boleh jimat banyak la bagi yang memang merancang nak berjimat. Maklumlah , lepas raya nak pakai duit banyak kan ? Exam dah dekat. Nak beli buku tambahan kan ? Maka , merancanglah betul betul dan pada masa yang sama jangan matikan mood anak anak nak beraya dengan pakaian baru di Pusat Pakaian Hari Hari..
Tak sempat nak pergi ? Jangan risau.. Boleh beli secara online di www.hari.com.my atau mencari lokasti terdekat dengan korang , boleh ke https://hari.com.my/locator/



